Carian Asma'i

Selasa, 12 Mac 2019

KELUARGA BELUD / BELUDIA (Zosteraceae family)

Family : ZOSTERACEAE
(Beludia)



Genus : HETEROZOSTERA
1 spesis
Heterozostera polychlamis



Genus : PHYLLOSPADIX / LUNCUR
6 spesis
LUNCUR PANTAI
Phyllospadix scouleri

Pokok rumput laut Luncur pantai bertumbuh di sepanjang garis pantai barat Amerika Utara dari Alaska ke Baja California. Pokok ini mempunyai jenis jantan dan betina dan biasanya jenis betina lebih mendominasi sesuatu kawasan. 
Rumput laut ini telah digunakan oleh puak-puak Asli Amerika di sepanjang Pantai California Selatan untuk membuat tali dan lain-lain objek tenunan, sejak kira-kira 8,600 hingga 10,000 tahun yang lalu.



Genus : ZOSTERA / BELUD
13 spesis
BELUD ARTIK
Zostera marina



Pokok rumput laut Belud artik merupakan sejenis rumput laut yang juga dikenali sebagai common eelgrass dan seawrack. Ia adalah tumbuhan akuatik yang berasal dari persekitaran laut di garis pantai kebanyakan bahagian utara Amerika Utara dan Eurasia. Spesies ini adalah tumbuhan laut berbunga yang paling luas pertumbuhannya di Hemisfera Utara. Ia hidup di perairan laut yang lebih sejuk di Atlantik Utara dan Pasifik Utara, dan di bahagian selatan yang lebih hangat. Ia mati semasa musim panas dan tumbuh di rantau Artik yang sejuk dan bertahan beberapa bulan ketika laut tertutup ais setiap tahun.
Masyarakat di Utara telah lama menggunakan spesies tumbuhan ini sebagai bumbung atap. Ia juga telah digunakan sebagai baja dan makanan ternakan di Norway selama berabad-abad. Selain itu, daun yang telah kering digunakan sebagai pemadat untuk tilam dan perabot.






Carian lain : Alam Tumbuhan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan