Family : ZAMIACEAE
(Zamiia)
Genus : BOWENIA / BOYAN
2 spesis
BOYAN UBI
2 spesis
BOYAN UBI
Bowenia spectabilis
Pokok Boyan ubi ini hanya ditemui di utara Queensland, Australia. Orang asli Australia mengnggunakan ubi pokok ini sebagai makanan. Namun begitu, biji benihnya adalah beracun dan daunnya beracun kepada ternakan. Di Australia ia dipanggil pokok paku zamia atau zamia fern.
Genus : CERATOZAMIA / SERAT
25 spesis
SERAT MAYA
Ceratozamia mexicana
SERAT MAYA
Ceratozamia mexicana
Genus : DIOON / DIUN
Pokok Diun mexico juga dikenali sebagai chestnut dioon, dan palma de la virgen merupakan tumbuhan asli Mexico. Walaupun nama sains pokok ini edule, bermaksud edible, tidak bermaksud ia boleh dimakan begitu saja. Kebiasaannya pokok jenis ini adalah beracun.
Genus : ENCEPHALARTOS / TINGALAN
68 spesis
TINGALAN DINOSOUR
Encephalartos tegulaneus
Encephalartos tegulaneus
Pokok Tongalan merah juga dipanggil Maputaland cycad, Zululand cycad, Tongaland cycad, Maputalandbroodboom, Tongalandbroodboom, umthobane, uthobani, dan chihanga merupakan jenis saikad yang tumbuh di kawasan timur Afrika Selatan terutama di daerah Kwa-Zulu Natal. Pada dahulu kala, batang pokok ini dijadikan makanan sebagaimana proses menghasilkan sagu rumbia.
Genus : LEPIDOZAMIA / KELAPAI
2 spesis
KELAPAI QUEENSLAND
Lepidozamia hopei
KELAPAI QUEENSLAND
Lepidozamia hopei
Pokok Kesisik queensland juga dikenali sebagai hope's cycad dan berendemik di Queensland. Pokok ini adalah jenis saikad yang tumbuh tinggi menyerupai pokok kelapa.
Genus : MACROZAMIA / BURAWANG
39 spesis
BURAWANG KAMPUNG
BURAWANG KAMPUNG
Macrozamia communis
Di Burawang kampung boleh ditemui di timur New South Wales, Australia. Buahnya beracun tetapi boleh dimakan setelah melakukan proses yang rumit iaitu dengan merendamkan buahnya di dalam air selama seminggu dengan menukar air setiap hari. Cara yang sama untuk mendapatkan ubi gadung mabuk.
Genus : MICROCYCAS / PINAR
1 spesis
PINAR CUBA
Microcycas calocoma
PINAR CUBA
Microcycas calocoma
Pokok Pinar cuba hanya ditemui di daerah Pinar del Rio, Cuba. Pokok ini beracun. Penduduk setempat menggunakan akarnya sebagai racun tikus.
Genus : STANGERIA / SETANG
1 spesis
SETANG NATAL
Stangeria eriopus
SETANG NATAL
Stangeria eriopus
Pokok Setang natal juga dipanggil Stanger`s cycad, Natal grass cycad, bobbejaankos, Imfingo dan umfingwani di Afrika tumbuh di daerah pantai timur Afrika Selatan. Puak zulu dan Xhosa di daerah tersebut menggunakan akarnya dijadikan purgatif dan ubat sakit kepala.
Genus : ZAMIA / ZAMIA
65 spesis
ZAMIA SAGU
ZAMIA SAGU
Zamia furfuracea
Pokok Zamia sagu juga dikenali sebagai pokok cardboard palm, cardboard cycad, cardboard plant, cardboard sago, Jamaican sago, dan Mexican cycad. Pokok ini tumbuh di timur Mexico.
Semua bahagian tumbuhan ini adalah beracun kepada haiwan dan manusia. Ketoksikan menyebabkan kegagalan hati dan buah pinggang, serta kelumpuhan. Dehidrasi dengan cepat dan tiada rawatan untuk keracunan pokok ini diketahui setakat ini.
Carian lain : Alam Tumbuhan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan