Carian Asma'i

Rabu, 16 Ogos 2017

KELUARGA SEDINGIN / SEDINGINIA (Costaceae family)

Family : COSTACEAE
[Sedinginia]




Genus : CHAMAECOSTUS / INSULIN
7 spesis
INSULIN KUNING
Chamaecostus cuspidatus

Pokok Insulin kuning biasanya dipanggil pokok insulin, fiery costus dan spiral flag. Kajian menunjukkan pokok ini bersifat antimikroba, antidiabetik, antiproliferatif, hepatoprotektif.
Bahagian yang digunakan dalam perubatan adalah daun. Pokok ini biasanya digunakan untuk diabetes, di mana daun dikunyah dua kali sehari, atau serbuk kering daun diambil 1/2 hingga 1 gram dua kali sehari. Pucuknya digunakan untuk rawatan gangguan buah pinggang.






Genus : CHEILOCOSTUS / SEDINGIN
5 spesis
SEDINGIN PUTIH
Cheilocostus speciosus

Pokok Sedingin dipanggil juga pokok tawar-tawar, setawar, white costus, lemba batu, spiral ginger, white spiral ginger, kok hing dan crepe ginger. Tumbuhan dari sub famili costoideae ini boleh mencapai ketinggian antara 1-3 meter. ia biasa dijumpai tumbuh liar dan ada juga yang ditanam ditaman kerana bunganya yang cantik. Tumbuhan ini mempunyai rizom yang menyerupai rizom halia dan mempunyai cara pembiakan yang sama dengan tumbuhan lain dalam famili halia iaitu biji benih dan pecahan rizom. Apa yang menarik mengenai tumbuhan ini ialah daunnya yang tersusun dalam bentuk spiral. 
Dalam perubatan ayurveda, rizom sedingin putih di jadikan penawar untuk penyakit seperti kusta, kecacingan, penyakit kulit,demam, asma,bronkitis dan anaemia dan sembelit. Ia juga dijadikan ubat untuk merawat luka terbakar.Ia juga dijadikan ubat untuk menghilangkan rasa loya, pening dan muntah. 
Sedingin putih dikatakan dapat meningkatkan tenaga batin lelaki. Caranya sulur atau tunasnya yang muda dijadikan sup, boleh dicampur bersama bahan lain untuk menyedapkannya.







Genus : COSTUS / TETAWAR
105 spesis
TETAWAR API
Costus woodsonii

Pokok Tetawar api dipanggil juga pokok red button ginger merupakan pokok cantik yang mudah ditanam dan dijaga. Tunas pada bunganya dikatakan boleh dimakan. Untuk merawat tekanan darah tinggi dan gangguan pundi kencing: Rebus seluruh tanaman dalam air dan minum. Untuk merawat jangkitan telinga: Panggang tanaman kecil, kemudian peras untuk mengeluarkan beberapa tetes getah dan letakkan di kawasan yang terjejas.


TETAWAR ARAB
Costus arabicus


TETAWAR BUNGA
Costus erythrophyllus


TETAWAR DARAH
Costus pictus

Pokok Tetawar darah sebagaimana pokok Selulin kuning berfungsi sebagai insulin. Pokok ini bersifat anti-diabetes, anti-mikrob, anti-barah, anti-oksidan, anti-kesuburan, anti-helminthik, diuretik, dan anti-radang.








TETAWAR GUNUNG
Costus montanus


TETAWAR MERAH
Costus guanaiensis







Genus : DIMEROCOSTUS / DIMERAK
3 spesis
DIMERAK PUTIH
Dimerocostus strobilaceus

Pokok Dimerak putih tumbuh di sepanjang sungai dan tanah lembab di Amerika Tengah. Ia digunakan di Panama oleh orang asli Kuna untuk merawat hipertensi dan beberapa penyakit kardiovaskular.




Genus : MONOCOSTUS / SETAWAU
1 spesis
SETAWAU KUNING
Monocostus uniflorus

Pokok Setawau kuning dikatakan berendemik hanya di Peru. Cantik dijadikan pokok hiasan kerana bunganya dikatakan beraroma lemon hingga dikenali sebagai pokok lemon ginger.





Genus : PARACOSTUS / LEMBATU
2 spesis
LEMBATU PUTIH
Paracostus englerianus

Pokok Lembatu putih berendemik di pulau Borneo dan Afrika tropika. Pokok kecil yang merayap di atas tanah dan tidak banyak menyebabkan ia kurang dikenali.




Genus : TAPEINOCHILOS / LEMPOYANG
16 spesis
LEMPOYANG NENAS
Tapeinochilos ananassae


Pokok Lempoyang nenas ini hampir menyerupai pokok lempoyang dalam keluarga halia. Bezanya, daun pokok ini mempunyai daun seakan pokok sedingin. Pokok ini boleh di dapati di Asia Tenggara hingga ke daerah utara Australia. Pokok ini turut dikenali sebagai pokok indonesian wax ginger, pineapple ginger, red wax ginger, dan giant spiral ginger.

LEMPOYANG GAJAH
Tapeinochilos dahlii




Tiada ulasan:

Catat Ulasan