Carian Asma'i

Isnin, 10 Januari 2011

KELUARGA SIRIH / SIREHIA (Piperaceae famili)

Family : PIPERACEAE
(Sirehia)




Genus : ARTANTHE / ARTANTA
3 spesis
ARTANTA KECIL
Artanthe microstachyum




Genus : LINDENIOPIPER / LINDEN
1 spesis
LINDEN LADA
Lindeniopiper lindenii





Genus : MACROPIPER / KAWA-KAWA
1 spesis
Macropiper latifolium 





Genus : MANEKIA / MANEKA
5 spesis
MANEKA LADA
Manekia incurva




Genus : OTTONIA
3 spesis
Ottonia jaborandi





Genus : PEPEROMIA / RANGU-RANGU
845 spesis
RANGU-RANGU AIR
Peperomia pellucida


Rangu-rangu air atau Rerangu air juga dipanggil pelembut papan dan sireh air adalah berdaun seperti daun sirih dan selebar ibu jari. Boleh dijumpai di tempat lembab atau berair seperti tepi longkang, dan dalam pasu bunga. Pada zaman dahulu, pelembut papan ini digunakan untuk mencucu papan batu. Pelembut papan baik untuk penyakit gaut dan kencing tak lawas. Boleh juga untuk buasir. Boleh dijadikan ulam (tidak pahit) atau direbus dan minum airnya. Makan keseluruhan pokok. Pokok ini bersifat Anti-hyperuricemic yang dapat merendahkan asid urik dalam darah. Selain itu, pokok ini juga dapat mengubati artritis, edema, sakit kepala, masalah buah pinggang, migrain, neuralgia dan reumatis. Pelembut papan juga digunakan untuk mengubat masalah jeragat, jerawat masalah kulit yang lain.

Daun seperti daun sirih dan selebar ibu jari. Boleh dijumpai ditempat lembab atau berair seperti tepi longkang, dan dalam pasu bunga. Mudah didapati di tepi rumah bersama pokok herba lain terutama tempat lembab. Ada jenis berbatang cerah. Bila daun atau batang dipatahkan keluar cecair putih melekit seperti susu.
Tumbuhan tropika semusim ini mudah dijumpai dikawasan-kawasan yang agak lembab dan agak terlindung dari cahaya matahari. Walupun ia mudah dijumpai namun tidak ramai yang mengetahui khasiatnya.Herba ini tumbuh menegak dengan ketinggian boleh mencapai satu kaki(25-30 cm).Batangnya dari jenis berair dan senang patah berwarna hijau muda.Daunnya berbentuk seperti daun sirih dan baunnya juga hampir sama. Daunnya berkilat dibahagian atas dan agak kelabu dibahagian bawah.Buahnya bulat , sangat kecil dan berbentuk bujur dan berwarna hijau ketika muda dan coklat apabila matang mempunyai minyak sari apabila dimasak.Walaupun ia tidak mendapat perhatian di Malaysia namun dinegara bukan tropika seperti eropah, tumbuhan ini dan benihnya dijual secara komersial. Ia dijadikan sayur dan salad.
Di surinam jusnya yang segar diminum untuk mengelakkan jangkitan pada mata, cirit-birit, batuk, selesema,dan jangkitan pundi kencing dan untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Daunnya mengandungi bahan antibakteria yang boleh merawat penyakit kulit seperti bisul,jerawat dan kulit melecur.Ia juga boleh digunakan untuk merawat athritis dan rheumatik. Ia juga boleh menjadi penawar kepada sakit sendi dan sakit perut.Cairan dari batangnya juga digunakan untuk menyembuhkan demam dan sakit kepala.
Baik untuk penyakit gauk dan kencing tak lawas. Boleh juga untuk buasir. Boleh dijadikan ulam (tidak pahit) atau direbus dan minum airnya. Makan keseluruhan pokok. Rebus satu pokok atau lebih dan minum air rebusan. Baik untuk buang air berdarah


RANGU-RANGU BATIK
Peperomia prostrata


RANGU-RANGU RAKAP
Peperomia prostrata


RANGU-RANGU SENDUDUK
Peperomia angulata




Genus : PIPER / SIREH
1048 spesis
Nama 'sireh' dipilih dari beberapa nama seperti 'lada', kaduk dan cabai sebagai nama  yang sinonim dengan nama genus 'piper'. 

SIREH AIR
Piper marginatum

SIREH BATIK
Piper sylvaticum

SIREH BULAT
Piper umbellatum


SIREH CABAI
Piper retrofractum

SIREH CACANG
Piper hispidum

SIREH DARAH
Piper crocatum


SIREH HARIMAU
Piper porphyrophyllum


SIREH HITAM
Piper parmatum


SIREH HUTAN
Piper caninum

SIREH KADUK
Piper sarmentosum

SIREH KAMPUNG
Piper ribesioides

SIREH LADA
Piper nigrum

SIREH LEWEH
Piper interrupticum

SIREH MAKAN
Piper betle

SIREH MALUKU
Piper caducibracteum


SIREH MERAH
Piper ornatum


SIREH PERAK
Piper vestitum

SIREH POKOK
Piper aduncum

SIREH TANAH
Piper elatostema


SIREH TANJUNG
Piper capense



Genus : PIPERANTHERA
1 spesis
Piperanthera cupularis

Genus : POTHOMORPHE
2 spesis
Pothomorphe lessertiana

Genus : SARCORHACHIS
1 spesis
Sarcorhachis convallariodorum


Genus : TRIANAEOPIPER / TIRANA
3 spesis
Trianaeopiper timbiquinum


Genus : VERHUELLIA
2 spesis
Verhuellia lunaria




Genus : ZIPPELIA
1 spesis
Zippelia begoniifolia





1 ulasan:

  1. tumpang tanya, dalam keluarga piperaceae ad berapa Genera sebenarnya? sebab saya baca dalam website britannica.com nyatakan piperaceae ad 5 genus. tetapi dalam the plant list ada 13 seperti yang ad didalam blog ini. dimana genus yang mempunyai accepted species. mohon penerangan.

    BalasPadam