Carian Asma'i

Jumaat, 4 Jun 2010

KELUARGA BELIMBING / BELIMIA (Oxalidaceae family)

Family : OXALIDACEAE
[Belimia]



Genus : AVERRHOA / BELIMBING
5 spesis
Genus Averrhoa atau Belimbing mengandungi 5 spesis. Antara yang paling dikenali adalah Belimbing besi dan Belimbing buluh. 

BELIMBING BESI
Averrhoa carambola

Pokok Belimbing besi memang sudah terkenal di kalangan rakyat Malaysia, namun permintaan pengguna terhadap buah ini tidaklah sehebat buah epal atau limau. Buah Belimbing diketahui kaya dengan Vitamin A yang penting untuk kesihatan kulit, bunga dan daun belimbing juga mempunyai khasiat perubatan. Air rebusan bunga belimbing boleh diminum bagi membunuh dan mengeluarkan cacing dalam periut dan usus.
Daun Belimbing yang dihancurkan disapu bagi mengubati pelbagai penyakit kulit. Selain itu, air rebusan bunga dan daun diminum bagi merawat muntah-muntah, batuk dan sakit kerongkong. 


BELIMBING BULUH
Averrhoa bilimbi

Pokok Belimbing buluh merupakan tanaman dapur suri rumah di Asia Tenggara dan berfungsi sebagai bahan asam dalam masakan. Daunnya dapat dijadikan bahan jaram kepala ketika demam.


BELIMBING HIJAU
Averrhoa dolichocarpa


BELIMBING HUTAN
Averrhoa leucopetala






Genus : BIOPHYTUM / KERAMBIL
81 spesis
Genus Biophytum atau Kerambil mengandungi 81 spesis. Spesis yang paling diambil peduli oleh penggemar tumbuhan perubatan adalah pokok Kerambil semalu.

KERAMBIL SEMALU
Biophytum sensitivum

Pokok kerambil semalu merupakan tumbuhan yang tumbuh di pergunungan Himalaya hingga ke Asia Tenggara. Ia juga dipanggil pokok kerambilan dan laksana. Dalam perubatan, pokok ini digunakan untuk mengubati diabetis, cirit-birit, artritis, asma, lebam.





Genus : DAPANIA / DAPANIA
3 spesis
DAPANIA BURUNG
Dapania pentandra


Pokok Dapania burung berasal dari Madagaskar. kini ada ditanam di Taman Royal Kew, London.



Genus : LOTOXALIS / YUCA
2 spesis
YUCA KUNING
Lotoxalis yucatanensis

Hanya ditemui di Daerah Yucatan, Mexico.




 Genus : OXALIS / BELIM
275 spesis
Di Malaysia, genus Oxalis atau Belim ini biasanya dipanggil dengan nama belimbing seperti Belimbing tanah, Belimbing bukit dan sebagainya. Dalam penulisan ini, Genus Oxalis diberi nama Belim sahaja. Genus Belim mengandungi 275 spesis. Di bawah adalah spesis yang paling biasa di lihat.

BELIM BRAZIL
Oxalis brasiliensis


 BELIM KUPU-KUPU
Oxalis griffithii


BELIM RAMA-RAMA
Oxalis triangularis


BELIM PASIR
Oxalis corniculata

Pokok Belim pasir juga dikenali sebagai pokok belimbing pasir, indian sorrel, amboti-ki-patti (india), creeping wood sorrel, yellow wood sorrel, weedy oxalis (english).
Tumbuhan ini mudah dijumpai tumbuh liar dikawasan lapang yang berpasir. Ia mudah menguasai sesuatu kawasan dan merupakan rumpai yang perlu dikawal dikawasan pertanian. Ia merupakan tumbuhan yang kecil dan menjalar dan boleh menjalar sepanjang 12 hingg 30 cm dari akarnya. Batangnya kecil , rapuh dan mudah patah serta mempunya bulu-bulu halus. Ia mempunya bunga berwarna kuning terang manakala buahnya pula berbentuk silinder dan mempunyai banyak biji benih yang halus. Ia selalunya tumbuh di kawasan yang agak lembap dan mempunyai air yang mencukupi. Di Malaysia, tumbuhan ini banyak di dapati tumbuh ketika musim hujan. Bunganya mempunyai rasa yang masam kerana ia mengandungi asid oksalik. Selain daripada itu ia juga kaya dengan vitamin B, zat besi dan kalsium. Ia juga kaya dengan kalium oksalat. Daunnya pula mengandungi sedikit selulos.
Belim pasir banyak digunakan dalam perubatan tradisional Melayu dan India untuk mengubati demam. Air rendaman daunnya yang diramas-ramas dapat menurunkan suhu badan. Untuk penyakit skurvi, air rendaman daunnya digunakan untuk rawatan dan pencegahan. Untuk senak perut, daunnya yang segar dimakan. Daunnya juga boleh dijadikan appetizer atau pembuka selera. Daunnya yang direbus bersama mentega dan susu digunakan untuk menangani masalah berak berdarah (disentri) dan enteritis yang tidak terlalu teruk. Daun segar yang ditumbuk bersama madu atau gula juga boleh digunakan untuk tujuan ini. Selain itu, ia juga digunakan untuk merawat penyakit kuning dan dahaga melampau yang disebabkan oleh diabetis atau bahang cuaca yang terlalu panas. Ia juga digunakan untuk penyakit lain seperti masalah kulit, insomnia dan masalah mata. Oleh kerana ia mengandungi asid oksalik yang berkepekatan tinggi, pesakit gout, athritis dan rheumatik dilarang dari mengambil persediaan herba dari tumbuhan ini.


BELIM PIPIT
Oxalis barrelieri 

Pokok Belim pipit juga dikenali sebagai belimbing tanah ini mudah tumbuh di tanah yang terbuka dan bersaliran baik. Seperdu pokok belim pipit (akar, daun dan buah) direbus hingga mendidih. Air rebusan ini diminum dua kali sehari untuk me­nyembuhkan penyakit buasir, darah tinggi dan kencing manis. Air ini juga dipercayai berkesan untuk merawat sakit buah pinggang, lemah jantung serta dapat menghilangkan da­haga.


BELIM CORONG
Oxalis versicolor


BELIM RINTING
Oxalis adenophylla



Genus : SARCOTHECA / PUPOI
1 spesis
PUPOI SIAM
Sarcotheca laxa

Pokok Pupoi siam merupakan satu-satunya spesis dalam genus Sarcotheca atau Pupoi. Tumbuh di kawasan Tanah Besar Asia Tenggara termasuk Semenanjung Tanah Melayu.



Genus : SASSIA / SASIA
1 spesis
 SASA VIOLET
Sassia violacea
Pokok Sasia violet cantik dijadikan tumbuhan hiasan. Pokok Sasia violet juga kadang-kadang diletaklan dalam genus Oxalis, ia adalah satu-satunya spesis dalam genus Sasia ini. Keseluruhan pokok boleh dimakan tetapi pokok ini sesuai dijadikan bahan asam dalam masakan.




Genus : XANTHOXALIS / ZANTHA
8 spesis
Sebagaimana pokok sasia, pokok zantha asalnya diletakkan di bawah genus Oxalis, tapi kini diasingkan dan diletakkan di bawah genus Xanthoxalis. Pokok zantha mengandungi 8 spesis dan biasa dilihat adalah Zantha pasir.

ZANTHA PASIR
Xanthoxalis corniculata




Carian lain : Alam Tumbuhan

1 ulasan:

  1. So nice your blog and information. Saya nak tanya mana saya boleh cari pokok Kerambil Semalu ini. Very interesting the way it looks

    BalasPadam