Seramik merupakan antara ciptaan manusia tertua di dunia. Pembuatan seramik merupakan satu cara kita menelusuri penciptaan Adam oleh Allah, Tuhan yang maha pencipta. Tuhan berfirman bahawa Nabi Adam itu asalnya dicipta dari lumpur yang hanyir baunya. Dibentuk dan dibiarkan kering hingga berdesir-desir ditiup angin. Apabila cukup masanya, patung Adam diberi nyawa. Adam dibentuk oleh Malaikat Jibril dengan sebaik-baik bentuk seperti yang diarahkan oleh Tuhan. Ilham itu diturunkan kepada manusia agar ia akan menjadi satu rahmat kepada manusia yang mahu berfikir.
Carian lain : Alam Tumbuhan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan