Carian Asma'i

Rabu, 2 Mei 2018

KELUARGA CEMPAKA / CEMPAKIA [Magnoliaceae family]

Family : MAGNOLIACEAE
[Cempakia]



Genus : LIRIANTHE / LIRIAN
1 spesis
LIRIAN FUJI
Lirianthe fujianensis




Genus : LIRIODENDRON / SEMIDERA
2 spesis
SEMIDERA TULIP
Liriodendron tulipifera
Pokok Semidera kuning atau tulip poplar, tulip tree, American tulip tree, whitewood, fiddle-tree, dan yellow poplar merupakan jenis semidera yang tumbuh di kawasan Prairi Barat, Amerika Syarikat.
Kulit kayu bahagian dalam adalah pahit dan menusuk hidung, terutamanya daripada akar, digunakan sebagai diuretik, tonik dan perangsang. Kulit kayu hijau mentah juga dikunyah sebagai afrodisiak. Batangnya mengandungi 'tulipiferine', yang dikatakan memberi kesan yang kuat pada jantung dan sistem saraf. Air rebusan kulit digunakan dalam rawatan senak, disentri, penyakit sendi, batuk, demam dan lain-lain. Juga digunakan untuk mencuci dan tuam pada luka dan bisul. Kulit kayu akar dan benih kedua-duanya telah digunakan untuk mengusir cacing dari badan.
Kegunaan lain sebagai pewarna dan kayu.


Genus : MAGNOLIA / CEMPAKA
240 spesis
CEMPAKA BESAR
Magnolia grandiflora


CEMPAKA KUNING
Magnolia champaca
Pokok Cempaka kuning merupakan sejenis pokok berkayu yang biasanya tumbuh di hutan dengan ketinggian mencapai hingga 30 meter. Buahnya sedap dimakan, mempunyai bentuk seperti jantung dengan bahagian bijinya yang agak pahit. Kayunya boleh dijadikan perabut dan peralatan rumah. Bunganya yang wangi mempunyak kandungan minyak volatile yang terdiri daripada cheraniol, linalol, methuleugenol, asid benzik, nerol, dan methula ethulazijnzuur. Kayu cempaka juga mempunyai bau yang sangat wangi dan biasanya minyak pati cempaka didapati dari ekstrak bunga, daun dan kayunya.
Cempaka kuning digunakan untuk wanita lepas bersalin, demam selsema dan kencing tak lawas. Untuk wanita dalam pantang caranya ambil beberapa helai daun cempaka kuning, bersihkan dan rebus hingga mendidih. Sejukkan airnya dan minum sekali sehari. Untuk kencing tak lawas pula beberapa kuntum bunganya direbus hingga mendidih, disejukkan dan airnya diminum sekali sehari. Untuk demam selsema pula, akarnya dititikkan dan direbus hingga mendidih dan minum airnya apabila suam.
Daun cempaka kuning yang direbus dan ditambah madu boleh mengubat kecacingan dan rheumatik. Air rebusan yang tidak ditambah madu boleh dijadikan ubat untuk nafas berbau(halitosis). Cempaka juga mempunyai peranan yang penting dalam industri kosmetik dan upacara keagamaan. Minyaknya juga dijadikan salap dan minyak rambut. Bunganya yang masih belum mekar, direbus bersama kelapa muda dikatakan boleh merawat gonorrhea. Bijinya yang dilumatkan bersama halia boleh dijadikan ubat demam terutamanya pada kanak-kanak. Kulit akarnya boleh digunakan untuk melancarkan kitaran haid dengan cara merebus kulit akarnya hingga mendidih dan airnya diminum. Kaedah yang sama digunakan untuk mempercepatkan pengeluaran uri atau plasenta. Untuk bayi yang hendak bercerai susu, bijinya yang dilumatkan boleh diletakkan di payudara, rasanya yang pahit akan menyebabkan bayi hilang keinginan untuk menyusu.

  
CEMPAKA UNGU
 Magnolia soulangeana




Genus : MICHELIA / MESILA
1 spesis
MESILA PUTIH
Michelia alba




Genus : YULANIA / YULANIA
3 spesis


Tiada ulasan:

Catat Ulasan