Carian Asma'i

Jumaat, 4 Ogos 2017

KELAB LESTARI ALAM

BUKU PANDUAN

 KELAB LESTARI ALAM

SK. MAHKOTA SARI, GERIK

  


DISEDIAKAN OLEH:

SAHAR NORDDIN BIN AWANG AHMED
SK. MAHKOTA SARI, GERIK


PRAKATA



Kelab Lestari Alam ini ditubuhkan untuk menanam semangat cintakan alam yang bersih, indah dan mendamaikan tanpa menolak pembangunan yang telah dijalankan. Oleh itu, diharap, murid mempunyai kesedaran dan menyemat semangat itu di hati sehingga dewasa kelak dan melakukan sesuatu perkara yang tidak akan merosakkan keindahan alam yang kita cintai ini.



KANDUNGAN

PRAKATA

KANDUNGAN

1.         PENGENALAN                                                                                                                       

i.          LATAR BELAKANG
ii.         RASIONAL
iii.        MATLAMAT
iv.        OBJEKTIF
v.         VISI
vi.        MISI
vii.       PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN
viii.      BIDANG AKTIVITI BERSEPADU
ix.        PEMANTAUAN
x.         PENYEDIAAN BUKU LOG

2.         PERLEMBAGAAN                                                                                                      

i.          NAMA DAN ALAMAT BERDAFTAR
ii.         TUJUAN
iii.        KESETIAAN ALAM SEKITAR
iv.        LOGO DAN PENGERTIAN
v.         BENDERA DAN PENGERTIAN
vi.        KEAHLIAN
vii.       PAKAIAN
viii.      JAWATANKUASA
ix.        YURAN
x.         LARANGAN
xi.        PEMBUBARAN
xii.       RANCANGAN PROGRAM TAHUNAN

3.         KURIKULUM                                                                                                               

i.          KEMAHIRAN BIOLOGI                                                                                    
ii.         TEKNIKAL AGRONOMI
iii.        KEMANDIRIAN HUTAN
iv.        SAINS BOTANI
v.         SAINS ZOOLOGI
vi.        AKTIVITI FOSSILOGI
vii.       AKTIVITI LANDSKAPING
viii.      DISKUSI EKOLOGI
ix.        INOVASI GUNA SEMULA
x.         INOVASI ALAM SEKITAR
xi.        TEKNOLOGI TENAGA HIJAU
xii.       TEKNOLOGI KITAR SEMULA
xiii.      HARI ALAM SEKITAR

LAMPIRAN                                                                                                                             

PENGENALAN


1.         LATAR BELAKANG

1.1       Pelajar adalah satu aset yang amat berharga dalam menentukan arah pembangunan pada masa akan datang. Dalam konteks  Pendidikan Kebangsaan kegiatan kokurikulum merupakan satu program penting demi membangunkan potensi murid-murid secara menyeluruh. Secara umum kegiatan kokurikulum yang sedia ada telah berjaya membina disiplin pelajar bagi meningkatkan minat mereka terhadap pembelajaran. Namun demikian masih banyak ruang yang perlu dipenuhi untuk mengatasi masalah generasi yang semakin mencabar. Bagi mengisi tuntutan ke arah negara maju, kita perlu menyediakan golongan yang dinamik dan berkualiti serta mempunyai perkembangan sahsiah yang seimbang dari segi akhlak, jasmani , emosi, rohani dan intelek ( AJERI ).

2.         RASIONAL

2.1       Malaysia adalah negara yang kaya dengan sumber semula jadi.Sumber-sumber ini terdiri daripada pelbagai spesis flora dan fauna, bahan mineral, tanah yang subur, air minuman yang bersih dan antara hutan hujan tertua di dunia.

Ditambah pula dengan ekonomi negara yang kukuh, rakyat Malaysia mudah memperoleh segala keperluan asas mereka. Adalah mudah untuk bersikap sambil lewa dan menganggap sumber-sumber ini adalah tidak terhad. Sebenarnya, sumber-sumber alam semakin berkurangan. Pemusnahan hutan, pemanasan global dan kekurangan air bersih adalah antara isu-isu yang sedang dihadapi oleh negara-negara di seluruh dunia. Satu-satunya cara untuk memastikan kelangsungan hidup kita adalah dengan menjaga alam sekitar secara aktif.

2.2       Ingatlah amaran Allah dalam Surah An-Naziaat ayat 30-33 yang bermaksud: “Dan bumi sesudah itu dihamparkan (untuk kemudahan penduduknya). Dia mengeluarkan dari bumi itu airnya dan tumbuh-tumbuhannya. Dan gunung-ganang pula dikukuhkan letaknya (di bumi) sebagai pasak yang menetapnya (semuanya itu) untuk kegunaan kamu dan binatang ternakan kamu.’

2.3       Aktiviti kelestarian alam diharap dapat mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni dan moral yang tinggi selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.


3.         MATLAMAT

3.1       Memupuk kesedaran dalam kalangan pelajar tentang pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

4.         OBJEKTIF

 4.1       Menyemai nilai cintai alam sekitar di kalangan ahli-ahli
4.2       Memberi peluang kepada para pelajar mempelajari hidupan flora dan fauna
4.3       Memberi peluang kepada para pelajar untuk melihat ekosistem semula jadi dalam konteks yang berbeza
4.4       Dapat mengenalpasti masalah berkaitan dengan kepupusan dan kemusnahan ekosistem dan seterusnya berusaha mengelakkannya terjadi.
4.5       Melahirkan minat-minat belajar di kalangan pelajar
4.6       Mewujudkan sikap bekerjasama di kalangan para pelajar.
4.7       Mengeratkan hubungan para pelajar tanpa mengira bangsa, umur dan jantina
4.8       Menyokong aktiviti anjuran MNS(Malaysian Nature Society)
4.9       Membantu kerajaan dan pihak swasta dalam menjaga kebersihan alam sekitar
4.10     Menambahkan ilmu pengetahuan para pelajar
4.11     Melahirkan generasi yang prihatin terhadap alam semula jadi


5.         VISI

5.1       Memastikan keunikan, kepelbagaian dan kualiti alam sekitar dikekalkan bagi menjamin kesihatan, kes­ejahteraan, keselamatan dan keselesaan hidup rakyat masa kini dan akan datang


6.         MISI

6.1       Menggalakkan, meningkatkan dan mengekalkan pengurusan alam sekitar yang baik dalam proses pembangunan negara


7.         PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN

7.1       Kelab adalah tertakluk kepada semua peraturan dan undang-undang yang telah dikeluarkan oleh kerajaan, Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan, Sekolah dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (Malaysian Nature Society)
7.2       Perlembagaan mula berkuatkuasa dari tarikh kelab berdaftar dengan Persatuan Pencinta Alam Malaysia
7.3       Objektif kelab akan tercapai dengan gabungan aktiviti dalaman, lawatan sambil belajar dan penyelesaian masalah secara praktikal.
7.4       Tumpuan aktiviti adalah ke atas projek-projek tempatan di mana ahli-ahli :

i)          mengenal pasti masalah di persekitaran mereka

ii)         mendapatkan maklumat yang perlu

iii)        memikir dan membina tindakan-tindakan alternatif yang sesuai

8.         BIDANG AKTIVITI BERSEPADU

8.1       Disiplin dan kerohanian
8.2       Kemahiran, teknikal dan kemandirian
8.3       Pengaplikasian sains dan sosial
8.4       Khidmat masyarakat
8.5       Pemuliharaan alam
8.6       Inovasi dan teknologi hijau


9.         PEMANTAUAN

9.1       Pemantauan dijalankan oleh:

                        i.          Penolong Kanan Kokurikulum

                        ii.         Penyelaras bahagian Kelab
9.2       Pemantauan merangkumi:

                        i.          Laporan aktiviti

                        ii.         Laporan kewangan

10.       PENYEDIAAN BUKU LOG

Setiap murid harus menyediakan sebuah buku log sebagai dokumen persendirian dan diurus dengan sebaik mungkin. Buku log Lestari Alam harus disediakan seperti di bawah:

10.1     Profail murid
10.2     Profail Kelab Lestari Alam

i.          Kesetiaan Lestari Alam

ii.         Logo

iii.        Bendera

iv.        Visi dan misi

10.3     Isi kandungan
10.4     Kurikulum (Bahagikan semua modul kepada 13 kolum)

i.          Kemahiran Biologi

ii.         Teknikal Agronomi

iii.        Kemandirian Hutan

iv.        Sains Botani

v.         Sains Zoologi

vi.        Aktiviti Fossilogi

vii.       Aktiviti Landskaping

viii.      Diskusi Ekologi

                        ix.        Inovasi Guna Semula

                        x.         Inovasi Alam Sekitar

                        xi.        Teknologi Tenaga Hijau

                        xii.       Teknologi Kitar Semula

                        xiii.      Hari Alam Sekitar



PERLEMBAGAAN



1          NAMA DAN ALAMAT BERDAFTAR


1.1       Kelab ini dikenali dengan nama Kelab Lestari Alam

1.2       Alamat berdaftar di peringkat sekolah:

                        SK. Mahkota Sari, Gerik


2.         TUJUAN


Tujuan Kelab Lestari Alam ditubuhkan ialah:

                       

2.1     Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya, saing, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan.


2.2       Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Negara demi menjayakan Wawasan 2020.


2.3       Menangani masalah salah laku di kalangan pelajar remaja seperti salah guna dadah, budaya lepak dan juvana.


2.4     Mempelbagaikan kegiatan berpesatuan di sekolah bagi menyediakan pelajar-pelajar memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin.


2.5       Membina generasi pelajar patriotik yang menjiwai semangat cintakan agama, bangsa dan Negara Malaysia.


2.6  Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara.


2.7      Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan mengenai isu-isu semasa di kalangan pelajar serta masyarakat dan berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya.



3.         KESETIAAN ALAM SEKITAR


3.1       memahami tugas manusia sebagai khalifah di dunia

3.2       mencintai setiap keindahan dan kebersihan ciptaan Tuhan

3.3       melestari alam dalam bentuk semulajadi dan pembangunan berhikmah


4.         LOGO  DAN PENGERTIAN


            4.1       Logo Kelab Lestari Alam

4.2       Pengertian logo


i.          Perisai melambangkan biji benih yang melindungi benih kehidupan yang boleh digambarkan sebagai keimanan yang melindungi diri daripada gejala yang tidak sihat.

ii.         Daun melambangkan alam sekitar ciptaan Tuhan yang Esa. Harapan dan bekalan.

iii.        Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat dan semangat.

iv.        Warna biru melambangkan ketenangan dan sumber kehidupan atau tanah

v.         Warna kuning melambangkan kehidupan keperbagaian biodiversiti.

vi.        Warna putih melambangkan keikhlasan serta kesucian.

5.         BENDERA DAN PENGERTIAN


            5.1       Bendera Kelab Lestari Alam




5.2       Pengertian bendera Kelab Lestari Alam


i.                    Warna putih melambangkan keikhlasan dalam memelihara dan memulihara alam sekitar.

6.         KEAHLIAN


6.1       Keahlian terbuka kepada semua murid Tahun 3, 4, 5 dan 6 SK. Mahkota Sari, Gerik  tanpa mengira bangsa, jantina dan kedudukan sosial

6.2       Setiap ahli berhak menyuarakan pendapat dan bertanggungjawab dalam kemajuan kelab

6.3       Berhak mengundi dalam Mesyuarat Agung

6.4       Harus menghadiri setiap perjumpaan yang diadakan

6.5       Mestilah memberi komitmen yang sepenuhnya terhadap aktiviti yang dianjurkan oleh kelab



7.         PAKAIAN


7.1       Sesi perjumpaan mingguan    - pakaian seragam sekolah

7.2       Sesi aktiviti kelab                    - Baju T dan seluar trek sukan

                                                                        - Kasut berstoking

            7.3       Pakaian tambahan                  - Sarung tangan

                                                                        - Topi

                                                                        - Apron



8.         JAWATANKUASA


8.1       Guru Besar sebagai penaung kelab

8.2       Guru Penasihat kelab ditetapkan oleh pihak sekolah

8.3       Satu jawatan kuasa mengandungi :

                        i)          Pengerusi                                           

                        ii)         Naib Pengerusi                                   

                        iii)        Setiausaha

iv)        Naib Setiausaha                     

v)         Bendahari                  

vi)        AJK kecil


8.4       Sekiranya berlaku kekosongan dalam jawatan kuasa, jawatan akan dipangku oleh AJK baru atas nasihat Guru Penasihat sehinggalah Mesyuarat Agung Tahunan yang akan datang

8.5       Semua AJK bertanggungjawab mengurus dan mengatur aktiviti-aktiviti kelab dan membuat keputusan mengenai perjalanan kelab.

9.         YURAN

9.1       Wang sebanyak RM5 setahun akan dikutip untuk pendaftaran ahli


10.       LARANGAN

10.1     Kelab dilarang mengadakan hubungan individu dan pertubuhan luar tanpa pengetahuan Guru Penasihat

10.2     Dilarang melibatkan diri dalam perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan pembelajaran


11.       PEMBUBARAN

11.1     Kelab tidak boleh dibubarkan kecuali pendaftarannya dibatalkan oleh Pendaftaran Persatuan secara bertulis

11.2     Pendaftar berhak membatalkan kelab sekiranya didapati menyeleweng daripada Perlembagaan dan mendatangkan kesulitan kepada pihak sekolah


11.       RANCANGAN PROGRAM TAHUNAN


11.1     Program sekolah dalam taman

11.2     Program penanaman menggunakan baja organik

11.3     Program satu pelajar, satu pokok

11.4     Program penanaman, pemeliharaan dan pemuliharaan pokok-pokok dari spesis yang sesuai

11.5     Melabelkan nama-nama saintifik dan nama tempatan pokok

11.6     Projek membuat baja kompos

11.7     Penubuhan stesen pembelajaran

11.8     Penyelenggaraan taman dan alatan


KURIKULUM


1.         KEMAHIRAN BIOLOGI
Matlamat
Melahirkan generasi pelajar yang berkemahiran untuk merakam kejadian alam dan mendokumentasikannya sebagai simpanan peribadi atau tatapan umum.
TAHUN 3
a) Mencetak
b) Menekap
TAHUN 4
a) Melakar
b) Lakaran berbayang
TAHUN 5
a) Melukis
b) Fotoshoot
TAHUN 6
 a) Menulis rencana
 b) Atur letak
2.         TEKNIKAL AGRONOMI
Matlamat
Memberikan pendedahan awal kepada murid tentang pertumbuhan tumbuhan iaitu organisma penting dalam kelestarian dunia yang bersih dan nyaman. Teknikal Agronomi juga memberikan pendedahan tentang tanaman dan kaedah-kaedah penanaman yang baik.
TAHUN 3
a) Pengenalan biji
     benih
b) Percambahan biji
     benih
TAHUN 4
a) Pembentukan biji
     benih
b) Sebaran biji benih
TAHUN 5
a) Kaedah pembiakan
     tumbuhan
b) Kawalan musuh
TAHUN 6
a) Cantuman mata
     tunas
b) Mengetut
3.         KEMANDIRIAN HUTAN
Matlamat
Sebagai seorang pencinta alam atau ahli alamiah, kebanyakan masa adalah didalam hutan kerana tugasan mengkaji, maka kemahiran untuk tinggal di hutan penting seperti mengenali jenis makanan yang boleh dimakan dan kaedah mencari air serta bahan semulajadi yang boleh dijadikan ubatan.
TAHUN 3
a) Jenis-jenis ikatan
b) Bahan ikatan dan
     gajet
TAHUN 4
a) Kaedah mencari air
b) Mengenali jenis angin, awan dan hujan
TAHUN 5
a) Pemakanan
b) Perubatan
c) Memahami masa
d) Persenjataan
TAHUN 6
a) Mencari tapak
     perkhemahan
b) Memasang khemah
c) Menggunakan
    kompas dan
    petunjuk lain
4.         SAINS BOTANI
 Matlamat
Pendedahan awal bagi murid yang berminat untuk mengkaji tentang tumbuhan dan proses hidupnya.
TAHUN 3
a) Pengelasan
     tumbuhan dan fungi
b) Keperluan asas
     tumbuhan
c) Fotosintesis
TAHUN 4
a) Pengenalan
     tumbuhan berbunga
b) Pengenalan
     tumbuhan tidak
     berbunga
TAHUN 5
a) Mengenali
     tumbuhan herba
b) Simbiosis
     tumbuhan
TAHUN 6
a) Menganggar dan
     memeta tumbuhan
b) Jenis-jenis hutan
5.         SAINS ZOOLOGI
Matlamat
Pendedahan awal bagi murid yang berminat untuk mengkaji tentang haiwan dan proses hidupnya.
TAHUN 3
a) Pengelasan haiwan
b) Keperluan asas
     haiwan
c) Respirasi
TAHUN 4
a) Pengenalan haiwan
     kordata
b) Pengenalan haiwan
     invertebrata
TAHUN 5
a) Pembiakan
b) Kemandirian spesis
     haiwan
c) Pemuliharaan
     haiwan terancam
TAHUN 6
a) Menganggar dan
     memeta haiwan
b) Fossilogi
c) Arkeologi
6.         AKTIVITI FOSSILOGI
Matlamat
Satu aktiviti yang boleh dijadikan hobi seterusnya satu kerjaya pada masa hadapan dalam bidang arkeologi dan fossilogi. Murid diajar kaedah mengumpul, merawat, mengelas dan mengkategori serta menyimpan bahan yang dikumpul.
TAHUN 3
a) Mengumpul daun
b) Mengumpul biji
     benih
TAHUN 4
a) Mengumpul pokok
     kecil
b) Mengumpul
     jenis-jenis Batu
TAHUN 5
a) Mengumpul
     pelbagai bulu
     haiwan
b) Mengumpul kulit
     siput
TAHUN 6
a) Mengumpul rangka
     serangga
b) Membuat awetan
     haiwan
7.         AKTIVITI LANDSKAPING
Matlamat
Aktiviti wajib iaitu membina atau menyelenggara satu taman yang mengandungi pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan atau haiwan yang bertujuan untuk memupuk murid cintakan alam sekitar yang bersih dan indah.
TAHUN 3
a) Tanaman berpasu
b) Perkebunan
TAHUN 4
a) Aquarium
b) Jenis-jenis ikan dan
     tanaman air
TAHUN 5
a) Terarium
b) Kaedah penanaman
TAHUN 6
a) Membina landskap
     darat
b) Membina landskap
     air
8.         DISKUSI EKOLOGI
Matlamat
Diskusi yang disertai tayangan vedio atau gambar tentang ekologi serta permasalahan yang membelenggu ekosistem dewasa ini.
TAHUN 3
a) Pengenalan
     ekosistem
b) Kitaran hidup
     haiwan dan
     tumbuhan
TAHUN 4
a) Rantai makanan
b) Jaringan makanan
TAHUN 5
a) Kitaran air
b) Kitaran tenaga
TAHUN 6
a) Pencemaran
b) Pemuliharaan
9.         INOVASI GUNA SEMULA
Matlamat
Satu aktiviti inovasi iaitu menghasilkan barangan yang baru dari hasil buangan. Pada peringkat ini, murid didedahkan kepada inovasi yang mudah dan bahan yang mudah ditemui.
TAHUN 3
a) Kertas – Manik surat
     khabar
b) Kertas – Origami
TAHUN 4
a) Kayu – Bingkai
     gambar
b) Kayu – Ukiran kayu
TAHUN 5
a) Plastik – Bunga
     straw
b) Kaca – Vas bunga
TAHUN 6
a) Logam – Arca dawai
b) Kain – Beg
10.       INOVASI ALAM SEKITAR
Matlamat
Pengenalan kepada inovasi orang-orang dahulu yang menggunakan bahan semulajadi sebagai barangan keperluan masa itu.
TAHUN 3
a) Daun – Bunga daun
     getah
b) Daun – Tikar pandan
TAHUN 4
a) Batang – Kelarai
     batang perun
b) Batang – Kraf buluh
TAHUN 5
a) Batang – Kraf rotan
b) Batang – Kraf kayu
     terbuang
TAHUN 6
a) Tanah liat – Manik
     dan perhiasan
b) Tanah liat – Pasu
     buatan tangan
11.       TEKNOLOGI TENAGA HIJAU
Matlamat
Pengenalan kepada konsep tenaga diperbaharui. Murid membina model sebenar untuk menerangkan fungsi tenaga diperbaharui dan memahami tentang kecekapan tenaga dalam penggunaan tenaga seharian.
TAHUN 3
a) Tenaga suria
b) Teknologi tenaga
     suria
TAHUN 4
a) Tenaga angin
b) Teknologi tenaga
     angin
TAHUN 5
a) Tenaga air
b) Teknologi tenaga
     air: sungai,
     gelombang laut,
     hujan
TAHUN 6
a) Tenaga biofuel
b) Teknologi tenaga
     biofuel
12.       TEKNOLOGI KITAR SEMULA
Matlamat
Pengenalan kepada konsep kitar semula. Murid melakukan aktiviti sebenar untuk memahami kaedah penghasilan sesuatu teknologi yang mesra alam dan pengguna.
TAHUN 3
a) Teknik mengumpul
     maklumat (arkib)
b) Menjilid buku
TAHUN 4
a) Kitar semula kertas
b) Gunaan hasil kitar
     semula kertas
TAHUN 5
a) Kitar semula logam-
     Timah
b) Gunaan hasil kitar
     semula logam
TAHUN 6
a) Membuat baja
     organik
b) Membuat racun
     serangga organik
13.       HARI ALAM SEKITAR
Matlamat
Menanam minat kepada murid agar mencintai persekitaran yang bersih dan berusaha mengekalkan keindahan alam tanpa menolak pembangunan yang dirancang.
PROGRAM-PROGRAM YANG BOLEH DIJALANKAN
              - Program pembebasan burung atau ikan
              - Program menanam pokok
              - Program kitar semula (pengumpulan dan penjualan)
 - Program pengindahan kawasan
              - Program sungai bersih
              - Program pengumpulan spesimen
              - Tayangan dokumentari tentang pencemaran dan pemuliharaan
              - Tayangan dokumentari tentang tenaga boleh diperbaharui dan kecekapan tenaga
              - Pameran hasil kitar semula dan hasil alam
              - Jualan barangan guna semula
              - Gotong royong membersihkan kawasan sekolah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan