Carian Asma'i

Isnin, 27 Jun 2011

KELUARGA HALIA / LENGKUASIA (Zingiberaceae family)

Family : ZINGIBERACEAE
[Lengkuasia]




Genus  : AFRAMOMUM / PEPERIA
55 spesis
PEPERIA GUINEA
Aframomum angustifolium

Pokok Peperia guinea merupakan tumbuhan endemik di sekitar Teluk Guinea hingga ke pergunungan Nigeria-Cameroon.  Biji benih adalah berasa pedas dan digunakan sebagai perasa dan perubatan. Pulpa buah mempunyai rasa yang sedikit pedas dan dimakan apabila masak.
Batang diketuk dan digunakan sebagai tali untuk mengikat hasil tanaman. Rizom peperia digunakan sebagai rempah. Biji dikunyah dan dimakan sebagai mengatasi kecacingan. Akar dijadikan stok dan diminum untuk melegakan kesakitan selepas bersalin. Ada usaha mengkaji hubungan pokok peperia ini dengan aktiviti anti-penuaan.




Genus  : ALPINIA / LENGKUAS
244 spesis
LENGKUAS SAYUR
Alpinia galanga

Pokok Lengkuas sayur merupakan tanaman rempah yang biasa ditemui ditanam di sekitar rumah. Ia merupakan tumbuhan yang berizom dan berumpun.Ia boleh mencaai ketinggian hingga 2.5 metet.Lengkuas boleh tumbuhan di kawasan dataran rendah hingga ke kawasan tanah tinggi sekitar 1200 meter dari paras laut.Ia membiak melalui rizomnya. terdapat dua jenis lengkuas, lengkuas yang biasa digunakan dalam masakan selalunya berwarna putih manakala lengkuas untuk ubat mempunyai rizom berwarna merah yang lebih besar.Lengkuas memerlukan tanah yang bersaliran baik dan agak gembur untuk membantu pertumbuhan rizomnya.
Lengkuas mempunyai khasiat untuk menambahkan selera makan,membersihkan darah, mencairkan kahak, merangsang otot dan mempunyai ciri-ciri afrodisiak. Kerana itu ia banyak dijadikan sebagai salah satu bahan dan jamu dan ubat untuk menguatkan tenaga. lengkuas juga dapat digunakan untuk merawat penyakit limpa bengkak dengan cara merebus 2 lengkuas sebesar ibu jari, 3 temu lawak sebesar ibu jari, dan segenggam daun dukung anak(segar atau kering) dan 3 cawan air hingga mendidih.Air ini kemudiannya diminum 2 kali sehari,pagi dan malam. kerana lengkuas juga mampu mencairkan kahak ia juga boleh digunakan untuk merawat bronkitis.Caranya: 2 ketul lengkuas,2 ketul temu lawak dan 2 ketul halia sebesar ibu jari direbus bersama daun kayu manis dan 3 cawan air untuk diminum pagi dan malam. lengkuas juga dapat meningkatkan tenaga batin dan merawat rheumatik Rhizom diguna untuk ubat sakit perut, melawan rheutism. Mencegah mati pucuk(impotency). Demam, Kencing manis. Jus rhizome boleh mengubati bias ular. Ubat ibu selepas bersalin Mencegah kedutan kulit


LENGKUAS PADANG
Alpinia conchigera 

Pokok Lengkuas padang juga dikenali sebagai lengkuas geting, Lengkuas ranting atau lesser alpinia. Ia tumbuh liar ini mempunyai rizom yang lebih kecil dari lengkuas yang biasa digunakan dalam masakan. Ia mempunyai bunga yang cantik berwarna putih dan mempunyai buah yang berwarna hijau ketika muda dan merah ketika matang. Bunga dan buahnya boleh dijadikan ulam setelah dicelur. Rasanya sedikit pedas.Ia biasa tumbuh lair dikawasan yang agak redup dan lembap dan kawasan yang mengandungi kandungan humus yang tinggi seperti kebun getah. Daunnya menyerupai daun lengkuas biasa cuma saiznya lebih kecil
Lengkuas padang biasa digunakan dalam perubatan melayu tradisional untuk mengubati penyakit kulit seperti panau dan kurap (jangkitan fungus) dengan cara mengetuk rizomnya dan disapu pada bahagian yang dijangkiti.




Genus  : AMOMUM / KAPULAGA
179 spesis
KAPULAGA KUNING
Amomum subulatum


LENGKUAS UNGU
Alpinia purpurata





Genus  : AULOTANDRA / MALAGA
6 spesis
MALAGA BIRU
Aulotandra trigonocarpa





Genus  : BOESENBERGIA / TEMU
68 spesis
TEMU KUNCI
Boesenbergia rotunda





Genus  : BURBIDGEA / KALIMANTAN
5 spesis
KALIMANTAN KUNING
Burbidgea scheizocheila




Genus  : CAMPTANDRA / SENUI
4 spesis
SENUI PUTIH
Camptandra parvula





Genus  : CAULOKAEMPFERIA / JIWARA
30 spesis
JIWARA KUNING
Caulokaempferia secunda





Genus  : CAUTLEYA / WANGSA
2 spesis
WANGSA JINGGA
Cautleya spicata





Genus  : CORNUKAEMPFERIA / SINGORA
3 spesis
SINGORA EMAS
Cornukaempferia aurantifolia




Genus  : CURCUMA / KUNYIT
93 spesis
KUNYIT MAKAN
Curcuma longa

Pokok Kunyit makan yang juga dikenali sebagai kurkum (arab), jiang huang, yu jin (china), Indian Saffron, curcuma, kunir (indonesia), kondin, temu kuning, ukon, goeratji, temu kunyit dan tius merupakan sejenis tumbuhan herba yang memainkan peranan penting dalam masakan masyarakat Asia.Ia sejenis tumbuhan berumpun dengan daun selari yang lebar dan membiak melalui pecahan rizom. Kunyit menyukai tempat lembab dan mendapat sinaran matahari yang mencukupi. Isi kunyit selalunya terdiri dari ibu kunyit yang dikelilingi oleh cabang-cabang. Ibu kunyit dikatakan mempunyai khasiat perubatan yang tinggi. Rizom kunyit berwarna coklat di luar dan berwarna jingga terang di dalamnya. Ia mempunyai bau yang wangi dan menusuk hidung. Selain kegunaan kepada masakan, kunyit juga terkenal di kalangan masyarakat Melayu dan India dengan khasiatnya sebagai ubat pembersih dalaman badan dan mencantikkan kulit. Di samping itu, daun serta bunga kunyit bagi sesetengah masyarakat Melayu memang digemari sebagai ulam
Kunyit mempunyai sifat anti-radang,antioksida,anti kanser, pelindung hati. Kandungan kimia kunyit terdiri daripada minyak atsiri, sikloiserin, mirsen, metil farbinol, d.kamper, dan kurkurminminyak atsiri, sikloiserin, mirsen, metil farbinol, d.kamper, dan kurkurmin.Dalam perubatan tradisional melayu kunyit digunakan untuk mengubat tekanan darah tinggi,demam kuning,cirit-birit,meningkatkan selera makan,mengubat sakit perut, sembelit, kening berdarah,radang ginjal dan menyegarkan badan.Cara penggunakan untuk penyakit diatas ialah dengan cara menumbuk kunyit hingga halus,campurkan air dan tapis hampasnya dan diminum sekali sehari selepas makan.Kunyit juga banyak digunakan sebagai bahan ubatan dalam kosmetik keluaran tempatan.Menurut perubatan cina kunyit dapat meningkatkan pengaliran qi dan melancarkan perjalanan darah. 
Kunyit juga dijadikan rawatan selepas bersalin. selalunya rizom kunyit dimakan bersama nasi sebagai ulam selama 40 hari pantang untuk mengembalikan kecergasan badan dan menyembuhkan luka dalaman.Kunyit yang dikisar bersama pegaga biasa dimakan seminggu sebelum kedatangan haid dan ini dikatakan dapat menghilangkan masalah keputihan dan vagina yang terlalu berair dan dapat meningkatkan keintiman hubungan suami isteri.Kunyit juga dikatakan dapat menjadikan penggemarnya awet muda
Kunyit sebenarnya berasal dari kawasan Asia Tenggara, tetapi sekarang telahpun tersebar di seluruh Asia. Bagi masyarakat Melayu perkataan kunyit dikhaskan kepada kunyit biasa atau nama saintifiknya Curcuma domestica sedangkan jenis-jenis lain diberikan nama temu. Di Malaysia terdapat beberapa spesis kunyit yang liar yang kebanyakannya digunakan sebagai bahan ubatan tradisional. Antaranya ialah temu pauh (Curcuma mangga); temu emas (Curcuma zeodoria); temu putih (Curcuma auriantica); temu hitam (Curcuma aerugtinosa); dan temu lawas atau temu lawak (Curcuma xanthorthiza).
Kalau dilihat sepintas lalu adalah sukar untuk membezakan setiap spesis yang dinyatakan.. secara amnya bentuk dan struktur rumpun rumpun tumbuhan adalah sama. Bagaimanapun, jika diteliti secara terperinci nyatalah setiap spesis itu mempunyai perbezaan-perbezaan terutamanya dari segi daun, bunga, susunan rizom, warna rizom dan aromanya. Curcuma domestica mudah ditanam di negara ini dan sering ditemui dipinggir rumah atau ditanam di dalam pasu oleh masyarakat Melayu. Tumbuhan kunyit merupakan tumbuhan merumpun tahunan. Tingginya lebih kurang satu meter, daunnya lebar, licin dan bertangkai panjang. Bunga kunyit berwarna kuning muda keputihan. Rizomnya (umbi) berwarna kuning tua serta beraroma yang tersendiri.
Daripada analisis kimia rizom kunyit, sebatian-sebatian kimia yang dikenal pasti ialah curcumin yang memberikan warna kuning, tumereon, zingiberin, dan minyak pati yang terdiri daripada turmerol, fellandren, kamfer, curcumon dan lain-lain lagi. Kunyit banyak digunakan sebagai bahan ramuan dalam penyediaan ubat tradisional. Perahan air kunyit bersama madu lebah dan minyak lenga digunakan untuk menyembuhkan bengkak hati. Kunyit berserta dengan ramuan-ramuan lain juga digunakan untuk mengubati bengkak gusi, sakit dada dan perut, gangguan haid, dan melancarkan aliran darah. Sebatian kimia dari kunyit juga telah dibuktikan dapat digunakan sebagai ramuan penghalau serangga seperti kumbang beras, anai-anai dan lipas.. Kunyit juga didapati berkesan mencegah pertumbuhan kulat dan bakteria.


KUNYIT HITAM
Curcuma caesia 

Pokok Kunyit hitam ialah sejenis kunyit yang begitu jarang dijumpai dan mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Sesetengah kepercayaan menganggap kunyit ini mempunyai nilai mistik. DiIndia kunyit ini ditanam secara kormesial kerana nilai perubatannya
Ia digunakan terutamanya untuk merawat ketumbuhan pada sendi. Ia juga digunakan untuk merawat penyakit kusta dan dikatakan dapat memanjangkan usia seseorang.


KUNYIT PUTIH
Curcuma zedoaria





Genus  : CYPHOSTIGMA / SERINDIP
1 spesis
SERINDIP PULAU
Cyphostigma pulchellum





Genus  : DISTICHOCHLAMYS / KENCUR
3 spesis
KENCUR KUNING
Distichochlamys rubrostriata






Genus  : ELETTARIA / PELAGA
11 spesis
PELAGA PUTIH
Elettaria cardamomum





Genus  : ELETTARIOPSIS / TEPUS
20 spesis
TEPUS KESIN
Elettariopsis curtisii





Genus  : ETLINGERA / KANTAN
100 spesis
KANTAN LAKSA
Etlingera elatior


KANTAN PERAT
Etlingera hemisphaerica


KANTAN SULUH
Etlingera fulgens





Genus  : GAGNEPAINIA / KEMIRI
3 spesis
KEMIRI PUTIH
Gagnepainia thoreliana




Genus  : GEOCHARIS / LEMBING
6 spesis
LEMBING MERAH
Geocharis fusiformis




Genus  : GEOSTACHYS / BELUM
25 spesis
BELUM CHAMPA
Geostachys annamensis




Genus  : GLOBBA / PUAR
98 spesis
PUAR EMAS
Globba schomburgkii

PUAR TARI

Globba winitii




Genus  : HANIFFIA / TEMUH
3 spesis
TEMUH PUTIH
Haniffia albiflora




Genus  : HAPLOCHOREMA / BEBARA
6 spesis
BEBARA BORNEO
Haplochorema pauciflorum





Genus  : HEDYCHIUM / GANDASULI
93 spesis
GANDASULI PERLAK
Hedychium gardnerianum


GANDASULI HARUM

Hedychium coronarium




Genus  : HEMIORCHIS / ANGERIS
3 spesis
ANGERIS BURMA
Hemiorchis burmanica





Genus  : HITCHENIA / GANDATARI
1 spesis
GANDATARI RANGOON
Hitchenia glauca




Genus  : HORNSTEDTIA / KETIMBANG

33 spesis
KETIMBANG JARUM
Hornstedtia gracile





Genus  : KAEMPFERIA / CEKUR
36 spesis
CEKUR BATIK
Kaempferia pulchra


CEKUR HIJAU

Kaempferia galanga




Genus : KEDHALIA / KEDAH
1 spesis
KEDAH BATU
Kedhalia flaviflora




Genus  : LAOSANTHUS / LAUS
1 spesis
LAUS RANTING
Laosanthus graminifolius




Genus : LARSENIANTHUS / CENGKADAK
4 spesis
CENGKADAK BENGALA
Larsenianthus careyanus




Genus  : LEPTOSOLENA / LUZAN

1 spesis
LUZAN PUTIH
Leptosolena haenkei




Genus  : MYXOCHLAMYS / KELAMIS
2 spesis
KELAMIS BORNEO
Myxochlamys mullerensis




Genus  : NANOCHILUS / LEMBANG
1 spesis
LEMBANG SUMATERA
Nanochilus palembanicus



Genus : NEWMANIA / ANGERIA
2 spesis
ANGERIA ULAR
Newmania serpens






Genus  : PARAKAEMPFERIA / CEKURI

1 spesis
CEKURI ASSAM
Parakaempferia synantha





Genus  : PLAGIOSTACHYS / KINTAN
27 spesis
KINTAN BORNEO
Plagiostachys crocydocalyx





Genus  : PLEURANTHODIUM / LEMPISANG
23 spesis
LEMPISANG EMAS
Pleuranthodium racemigerum





Genus  : POMMERESCHIA / KAYAN
2 spesis
KAYAN BURMA
Pommereschia spectabilis





Genus  : RENEALMIA / MISKI
86 spesis
MISKI CAMPA
Renealmia concinna

MISKI LENGKUAS
Renealmia alpinia


MISKI MERAH
Renealmia cernua




Genus  : RHYNCHANTHUS / BERSIA
4 spesis
BERSIA MERAH
Rhynchanthus beesianus





Genus  : RIEDELIA / MELAYA
75 spesis
MELAYA JINGGA
Riedelia geluensis


MELAYA KUNING
Riedelia suborbicularis






Genus  : ROSCOEA / HIMALAYA

22 spesis
HIMALAYA PUTIH
Roscoea cautleyoides






Genus  : SCAPHOCHLAMYS / CAKURA

33 spesis
CAKURA PUTIH
Scaphochlamys biloba





Genus  : SIAMANTHUS / SIAM

1 spesis
SIAM JINGGA
Siamanthus siliquosus








Genus  : SILIQUAMOMUM / HANIA

2 spesis
HANIA TONKING
Siliquamomum tonkinense




Genus  : SIPHONOCHILUS / ZAIRA
11 spesis
ZAIRA HABSYI
Siphonochilus aethiopicus






Genus  : SMITHATRIS / TENTARI

2 spesis
TENTARI PUTIH
Smithatris myanmarensis




Genus  : STADIOCHILUS / SINGAHSARI
1 spesis
SINGAHSARI JAMBU
Stadiochilus burmanicus




Genus  : STAHLIANTHUS / KELEKAI

7 spesis
KELEKAI PUTIH
Stahlianthus involucratus


KELEKAI JAMBU

Stahlianthus thorelii




Genus  : TAMIJIA / TAMIJA

1 spesis
TAMIJA PUTIH
Tamijia flagellaris



Genus  : VANOVERBERGHIA / LAYUR

2 spesis
LAYUR MERAH
Vanoverberghia sepulchrei




Genus  : ZINGIBER / HALIA
144 spesis
HALIA BONGLAI
Zingiber cassumumar

HALIA MAKAN
Zingiber officinale

Halia merupakan rempah penting yang diperniagakan di dunia bermula pada abad ke-5 masihi. Halia merupakan tanaman berakar serabut dan senang dijaga. Ia cepat membiak di kawasan tanah yang lembab dan mendapat sinar matahari yang banyak. Halia mengandungi komponen minyak beruwap dan tidak beruwap. Gingerol, shogaol dan resin adalah kandungan sebenar halia yang terdapat di dalam minyak oleoresin. Khasiat tumbuhan halia yang selalu digunakan bagi merawat penyakit dalaman seperti melancarkan aliran darah, muntah-muntah, sakit kepala, selsema, terseliuh, batu karang, asma, kelemumur, kolestrol tinggi, sakit pinggang, cirit-birit dan mati pucuk.

Halia atau nama saintifiknya Zingiber officinale adalah tumbuhan herba yang paling mudah ditemui. Kebanyakan masakan melayu tradisional menggunakan halia sebagai rempah untuk mewangikan masakan , juga untuk menghilangkan bau sesetengah daging seperti daging kambing dan spesies ikan yang berbau hanyir. Halia adalah tumbuhan dari famili Zingiberaceae. Halia atau zanjabil dalam bahasa arab ada disebut didalam Al-Quran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud "Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil". Halia mudah membiak dengan cara pecahan rizom dan mudah tumbuh dengan subur dikawasan tanah yang mempunyai kelembapan yang tinggi dan mendapat sinar matahari yang cukup.

Tumbuhan ini mempunyai batang yang tegak dengan rizom yang tersebar secara mendatar.Besar atau kecilnya halia ditentukan oleh varian spesiesnya. Halia bara mempunyai rizom yang agak kecil berbanding dengan halia yang biasa digunakan dalam masakan selain dari warnanya yang agak kemerahan.Gambar yang dipaparkan disini ialah gambar halia bara.Halia juga mempunyai bunga yang cantik, bunganya muncul dari celah kelopak daunnya dan terdiri dari bunga jantan dan betina.Halia sesuai tumbuh di kebanyakan iklim dan boleh tumbuh pada semua ketinggian.Nama saintifik bagi halia bara ialah zingiber officinale var rubrum
Halia boleh digunakan untuk merawat penyakit angin dalam badan,muntah-muntah, cirit-birit,sakit perut, rheumatik,melancarkan pengaliran darah, menghangatkan badan dan membantu penghadaman makanan. Ia juga boleh merawat mati pucuk(impoten),keracunan oleh udang,sakit pinggang dan sakit kepala.Untuk rheumatik, halia dibakar, dibersihkan kemudian diparut dan ditampal pada bahagian yang sakit.Untuk mencegah mati pucuk caranya, 2 halia sebesar ibu jari, sebiji limau nipis, sebiji telur ayam kampung, 1 sudu teh serbuk kopi,satu sudu makan kicap,satu sudu makan madu. halia diparut dan dicampur dengan semua bahan diatas dan digaul rata, diamalkan seminggu sekali.untuk sakit pinggang, halia diparut dan dicampurkan dengan asam jawa, kemudian sapu pada pelipis.daunnya boleh juga digunakan untuk sakit kepala dengan cara menumbuknya hingga halus dan ditampalkan pada dahi dan pelipis.untuk cirit-birit dan muntah2 caranya , halia, bunga dan buah pala, jintan putih, 1 gelas santan kelapa dan satu sudu teh minyak kayu putih. semua bahan ditumbuk halus dan dicampur hingga sebati, digunakan sebagai ubat sapu pada perut. bagi ibu yang mengandung , loya dan muntah boleh dikurangkan dengan mengambil seinci hali, sebatang serai, 2,3 kuntum bunga cengkih, kayu manis, masukkan kedalam segelas air mendidih, masukkan seketul gula batu, tutup dan minum pagi dan malam.
Halia adalah sejenis tanaman purba. Zingiber ertinya sesuatu yang berbentuk tanduk, ini mungkin ada kaitan dengan bentuk rizom atau umbisinya. Asal usul tanaman halia tidak dapat dipastikan. Ada yang mengatakan tanaman halia berasal dari dataran Asia Tropika, yang merangkumi India hingga ke China. Dengan itu adalah dipercayai bahawa masyarakat India dan China adalah yang mula-mula menggunakan halia. Terdapat juga kenyataan yang mengatakan halia berasal dari Amerika Selatan.
Rizom halia mengandungi 0.8 hingga 3.3 peratus pati minyak dan lebih kurang 3 peratus oleoresin. Kuantiti ini bergantung kepada klon dan juga umur semasa dituai. Selain daripada itu, terdapat juga zat-zat makanan lain seperti vitamin A, B dan C; lemak; protein; asid organik; oleoresin minyak meruap seperti zingeron, zinzerol, zingeberal, zingiberin, borneol, seniol dan feladren. Secara tradisional halia banyak digunakan untuk menyembuhkan beberapa jenis penyakit seperti kurang nafsu makan, pening, kebas, batuk, kembung perut,, tergeliat, bengkak, gatal, muntah, taun, cirit-birit dan lain-lain. Sebaliknya rizom halia muda digunakan sebagai bahan campuran dalam makanan ringan, minuman dan halua. Halia muda digunakan kerana serabutnya yang lembut dan halus.
Di Eropah, halia dikenali sejak zaman Dioscorides dan Pliny, pada abad pertama sesudah Masihi. Penerangan mengenai halia terdapat dalam Meteria Medica. Di sini halia disifatkan sebagai bahan yang berasa pedas apabila dimakan dan boleh membantu dalam pencernaan dan digunakan sebagai penawar racun.
Halia juga disebut di dalam al-Quran.
Sementara itu di dalam Hikayat Seribu Satu Malam telah dicerita tentang khasiat halia sebagai ubat peransang dan pembangkit syahwat. Rosengarten menyatakan bahawa dalam abad ke-5, halia yang ditanam dalam pasu sering dibawa bersama-sama dalam pelayaran yang jauh antara China dan Asia Tenggara. Halia ini digunakan sebagai makanan segar atau digunakan sebagai ubat mencegah sakit perut akibat kekurangan vitamin C.

HALIA HITAM
Zingiber ottensii

HALIA HUMA
Zingiber griffithii

HALIA LEMPOYANG
Zingiber zerumbet

Halia lempoyang atau lempoyang merah adalah sama seperti spesis halia. Tumbuh meliar di kawasan tanah pamah. Mempunyai bunga yang cantik. Ketinggian 30 – 50cm dari tanah. Membiak melalui pecahan rizom dan pecahan rumpun. Ianya juga biasa dipanggil halia hutan/liar.
Digunakan untuk mandian ibu bersalin dan dibuat ulam. Membersihkan kulit , menambah selera makan, mengubat disentri, buasir, menghilangkan cacing, buang angin, bisa-bisa badan.
Untuk membersihkan kulit muka, isi lempoyang sepanjang ruas ibu jari dibersihkan dan diparut. ianya kemudianya direbus bersama air , ditapis dan diminum airnya untuk mencantikkan kulit.Airnya boleh juga dicampur gula batu atau madu. selain itu isi lempoyang juga boleh digunakan untuk menambah selera makan.selain itu ia juga biasa digunakan untuk mengubat disentri.

HALIA PAHIT
Zingiber americans

HALIA TEPUS
Zingiber spectabile

HALIA WANGI
Zingiber aromaticum



KELUARGA TUMBUHAN A - Z