Carian Asma'i

Sabtu, 30 September 2017

WARNA

Warna terdiri dari 3 warna asas iaitu Merah, Kuning dan Biru. Dari campuran antara dua warna tersebut maka terbentuknya warna Jingga, Hijau dan Ungu. Seterusnya lebih menarik. Dua medium yang dipanggil warna tapi bukan warna adalah Hitam dan Putih. Setiap warna pula terbahagi kepada tingkatan warna iaitu dari yang paling terang kepada paling pudar ia dipanggil hue. Warna hitam dan putih membantu dalam proses itu. Warna juga boleh dibahagikan kepada 2 sifat iaitu warna panas dan warna sejuk. Sudah pastilah warna putih, kuning, jingga dan merah mewakili warna panas manakala hitam, biru, hijau dan ungu mewakili warna sejuk. Warna panas menunjukkan emosi ceria dan bersemangat manakala warna sejuk menggambarkan kesepian dan tenang. Tapi jangan mudah terpedaya, warna hijau muda yang terang menggambarkan suasana tenang yang panas manakala warna jingga yang redup menggambarkan suasana ceria yang tenang.


Merah

Jingga

Kuning

Hijau

Biru

Tiada ulasan:

Catat Ulasan