Carian Asma'i

Rabu, 6 Mac 2019

KELUARGA KALSOM / KALSOMIA (Talinaceae family)

Family : TALINACEAE
(Kalsomia)




Genus : TALINELLA / TALINA
12 spesis
TALINA REMBANG
Talinella boiviniana

Pokok talina rembang adalah tumbuhan endemik di Malagasi. Ini bermaksud, pokok ini boleh ditanam di Malaysia.



Genus : TALINUM / KALSOM
15 spesis
KALSOM UBI
Talinum caffrum


Pokok Kalsom ubi merupakan jenis kalsom yang tumbuh di Afrika. Daun boleh dimakan mentah atau dimasak. Ia rangup dan enak, Ia juga dimakan untuk menghilangkan dahaga. Daun sering ditumbuk dan dicampur dengan daun dan ubi pokok lain. Batangnya tidak sedap dan tidak dimakan. Bahagian umbinya dimakan dengan lauk dan garam.
Tidak seperti pokok kalsom sayur (Talinum fruticosum) yang dikenali sebagai ginseng jawa, pokok kalsom ubi tidak diketahui khasiat perubatannya.


KALSOM TANAH
Talinum portulacifolium

Pokok Kalsom tanah bertumbuh di kawasan Tropika Afrika, Semenanjung Arab, India, China dan Asia Tenggara. Daun dan batang muda dimakan mentah atau dimasak. Ia digunakan sebagai sayuran atau ditambah kepada salad. Bahagian batang berdaun sering dimasak bersama-sama dengan daun azira (Bidens) atau maman (Cleome), atau dicampur dengan santan atau kacang tanah tumbuk  dan dimakan dengan makanan ruji. Daun juga boleh disimpan kering untuk kegunaan kemudian hari.
Daun digunakan dalam rawatan penyakit mata. Air rebusan digunakan sebagai ubat untuk sembelit.
Akar digunakan dalam rawatan batuk dan gonorea. Pokok ini bersifat afrodisiak.


KALSOM SAYUR
Talinum fruticosum

Pokok Kalsom sayur merupakan tanaman kategori rumpai di Malaysia. Dikatakan ia berasal dari kawasan tropika Amerika. Ia juga dipanggil pokok som, kelesom dan ginseng jawa. Daun dan bunganya dimakan mentah dalam salad atau dimasak. Pucuk digunakan dalam membuat sup, stews dan sebagainya. Digabungkan dengan daun eru (spesies Gnetum) dan fufu (hidangan berkanji), ia dianggap sebagai makanan istimewa. Pucuk yang lembut bertindak untuk melembutkan daun eru yang keras. Daun digunakan juga sebagai agen pewarna dalam sup okra. Daun mempunyai rasa sedikit masam. Ia boleh dicincang halus dan ditambah kepada salad. Banyak bentuk tumbuhan ini mempunyai kepekatan tinggi calcium oxalate (lihat nota di atas pada toksisiti), walaupun ini mudah dimusnahkan semasa memasak.
Pokok digunakan sebagai rawatan untuk campak dan kencing manis.
Tonik pula diperbuat daripada akar yang berisi


KALSOM RANTING
Talinum paniculatum

Pokok Kalsom ranting berendemik di kawasan tropika Amerika. Daun dimakan mentah atau dimasak. Ia mempunyai rasa yang tajam. Selalunya dicampur dengan salad hijau atau dimasak dalam sup dan stews.
Air rebusan akar digunakan sebagai aphrodisiac.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan