Family : QUILLAJACEAE
(Sintukia)
Genus : QUILLAJA / SINTUK
2 spesis
SINTUK KULIT
Quillaja saponaria
Pokok Sintuk kulit atau soapbark merupakan tumbuhan endemik
Chile. Walaupun pokok sintuk merujuk kepada pokok entada di Malaysia, pokok
entada juga dipanggil pokok beluru, maka nama sintuk diberikan kepada pokok
quilaja ini. Pokok ini dapat mengeluarkan serbuk dari bahagian dalaman kulit
batangnya dan dari serbuk ini terhasilnya buih.
Pokok ini
mempunyai sejarah yang panjang dalam penggunaan sebagai ubat-ubatan masyarakat
pergunungan Andean yang digunakan terutamanya sebagai rawatan untuk pelbagai
masalah dada. Ia adalah sumber quillaia, ekstrak yang digunakan sebagai bahan
tambahan makanan dan sebagai bahan dalam ubat-ubatan, produk penjagaan diri,
dan buih memadam kebakaran. Ia digunakan sebagai bahan tambahan untuk
filem-filem fotografi dan bahan berbuih untuk minuman. Kandungan saponin
daripada kulit yang membantu untuk merangsang pengeluaran lendir berlebihan di
dalam saluran pernafasan, sekali gus memudahkan pembuangan kahak melalui batuk.
Saponin pokok ini juga dianggap mempunyai ciri-ciri yg membantu untuk
penyelesaian masalah vaksin. Perkara yg membantu adalah saponin yang diperolehi
daripada ekstrak pokok ini.
Ia boleh
dijadikan sabun, pencuci muka dan kulit dan syampo.
Carian lain : Alam Tumbuhan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan