Family : MAGNOLIACEAE
[Cempakia]
Genus : LIRIANTHE / LIRIAN
1 spesis
LIRIAN FUJI
LIRIAN FUJI
Lirianthe fujianensis
Genus : LIRIODENDRON / SEMIDERA
2 spesis
SEMIDERA TULIP
SEMIDERA TULIP
Liriodendron tulipifera
Pokok Semidera
kuning atau tulip poplar, tulip tree, American tulip tree, whitewood,
fiddle-tree, dan yellow poplar merupakan jenis semidera yang tumbuh di kawasan
Prairi Barat, Amerika Syarikat.
Kulit kayu
bahagian dalam adalah pahit dan menusuk hidung, terutamanya daripada akar,
digunakan sebagai diuretik, tonik dan perangsang. Kulit kayu hijau mentah juga
dikunyah sebagai afrodisiak. Batangnya mengandungi 'tulipiferine', yang
dikatakan memberi kesan yang kuat pada jantung dan sistem saraf. Air rebusan
kulit digunakan dalam rawatan senak, disentri, penyakit sendi, batuk, demam dan
lain-lain. Juga digunakan untuk mencuci dan tuam pada luka dan bisul. Kulit
kayu akar dan benih kedua-duanya telah digunakan untuk mengusir cacing dari
badan.
Kegunaan lain
sebagai pewarna dan kayu.
Genus : MAGNOLIA / CEMPAKA
240 spesis
CEMPAKA BESAR
Magnolia grandiflora
Pokok Cempaka kuning
merupakan sejenis pokok berkayu yang biasanya tumbuh di hutan dengan ketinggian
mencapai hingga 30 meter. Buahnya sedap dimakan, mempunyai bentuk seperti
jantung dengan bahagian bijinya yang agak pahit. Kayunya boleh dijadikan
perabut dan peralatan rumah. Bunganya yang wangi mempunyak kandungan minyak
volatile yang terdiri daripada cheraniol, linalol, methuleugenol, asid benzik,
nerol, dan methula ethulazijnzuur. Kayu cempaka juga mempunyai bau yang sangat
wangi dan biasanya minyak pati cempaka didapati dari ekstrak bunga, daun dan
kayunya.
Cempaka kuning digunakan
untuk wanita lepas bersalin, demam selsema dan kencing tak lawas. Untuk wanita
dalam pantang caranya ambil beberapa helai daun cempaka kuning, bersihkan dan
rebus hingga mendidih. Sejukkan airnya dan minum sekali sehari. Untuk kencing
tak lawas pula beberapa kuntum bunganya direbus hingga mendidih, disejukkan dan
airnya diminum sekali sehari. Untuk demam selsema pula, akarnya dititikkan dan
direbus hingga mendidih dan minum airnya apabila suam.
Daun cempaka kuning yang
direbus dan ditambah madu boleh mengubat kecacingan dan rheumatik. Air rebusan
yang tidak ditambah madu boleh dijadikan ubat untuk nafas berbau(halitosis).
Cempaka juga mempunyai peranan yang penting dalam industri kosmetik dan upacara
keagamaan. Minyaknya juga dijadikan salap dan minyak rambut. Bunganya yang
masih belum mekar, direbus bersama kelapa muda dikatakan boleh merawat
gonorrhea. Bijinya yang dilumatkan bersama halia boleh dijadikan ubat demam
terutamanya pada kanak-kanak. Kulit akarnya boleh digunakan untuk melancarkan
kitaran haid dengan cara merebus kulit akarnya hingga mendidih dan airnya diminum.
Kaedah yang sama digunakan untuk mempercepatkan pengeluaran uri atau plasenta.
Untuk bayi yang hendak bercerai susu, bijinya yang dilumatkan boleh diletakkan
di payudara, rasanya yang pahit akan menyebabkan bayi hilang keinginan untuk
menyusu.
CEMPAKA UNGU
Magnolia soulangeana
Genus : YULANIA / YULANIA
3 spesis
3 spesis
Tiada ulasan:
Catat Ulasan