Carian Asma'i

Isnin, 26 Mac 2018

KELUARGA REMPIANG / REMPIANGIA [Joinvilleaceae family]

Family : JOINVILLEACEAE
[Rempiangia]




Genus : JOINVILLEA / REMPIANG
4 spesis
REMPIANG BULUH
Joinvillea ascendens
Pokok rempiang terutama Rempiang buluh biasa dikategorikan sebagai jenis rumput, tetapi sebenarnya ia adalah dalam keluarga yang tersendiri. Berendemik di sekitar kawasan tropika Asia Tenggara dan Oceania hingga ke kepulauan Hawaii. Pokok ini biasanya hanya dijadikan bahan alas jika duduk di hutan. Walaupun belum ada penulisan berkaitan kegunaannya, kemungkinan besar pokok ini masih ada kegunaan perubatan yang dilupakan.


REMPIANG DINI
Joinvillea borneensis
Pokok Rempiang dini tumbuh dikawasan lebih tertutup dan lembab berbanding pokok Rempiang buluh. Oleh itu struktur batangnya lebih panjang seakan-akan pokok dini [rotan tikus=Flagellaria indica]. Tumbuh di kawasan lebih timur iaitu di pulau Borneo dan Palawan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan