Carian Asma'i

Ahad, 31 Disember 2017

KELUARGA REMUNGGAI / REMUNGGIA [Moringaceae family]

Family : MORINGACEAE
[Remunggia]



Genus : MORINGA / REMUNGGAI
4 spesis
REMUNGGAI HINDI
Moringa oleifera
Remunggai hindi boleh ditemui hampir disemua kawasan yang menghadap ke Lautan Hindi seperti di Asia Tenggara, India sehingga ke kaki gunung Himalaya, Selatan Tanah Arab dan daerah Pantai timur Afrika. Berkemungkinan dibawa oleh pelayar-pelayar zaman dahulu. Di Malaysia, pokok ini juga dipanggil sebagai kacang kelor. Remunggai berkemungkinan berasal dari perkataan Tamil iaitu 'murunggai'. India adalah pengeluar terbesar hasil pokok remuggai.
Buah mudanya boleh dimakan, manakala pucuknya dibuat sayur dan jus. Bijinya diperah untuk mendapatkan minyak.


REMUNGGAI GURUN
Moringa ovalifolia
Remunggai gurun seakan pokok baobab dengan batang gemuk dan cabang ranting seakan akar. Tumbuh di kawasan berbatuan gurun Namib yang lebih subur. Pokok idipanggil sebagai pokok hantu oleh penduduk setempat. Di kawasan asal, pokok ini menjadi makanan haiwan liar seperti zirafah dan gajah. Ia juga digunakan oleh penduduk setempat. Pokok ini kini ditanam sebagai pokok hiasan ditaman-taman.


REMUNGGAI WADI
Moringa peregrina
Remunggai wadi tumbuh di kawasan wadi Tanduk Afrika iaitu meliputi negara seperti Somalia, Djbauti, Ethiopia, Sudan, Mesir selatan termasuk selatan Sinai dan Eriteria. Pokok ini dituai dari hutan liar untuk kegunaan tempatan sebagai sumber minyak berkualiti tinggi, yang kebanyakannya digunakan secara tempatan. Ia juga menyediakan cara untuk memurnikan air dan merupakan bahan bakar tempatan yang sangat penting. Penggunaan minyak ini kembali ke zaman kuno yang dirujuk dari dalam teks-teks Mesir lama dan Kitab Bible.


REMUNGGAI HABSYI
Moringa stenopetala
Remunggai habsyi ditemui tumbuh di Kenya dan Ethiopia dan ia ditanam berhampiran rumah. Biasanya dipanggil pokok kobis. Ia adalah pokok pelbagai guna yang menghasilkan daun yang boleh dimakan, biji yang digunakan untuk pembersihan air, dan produk perubatan tradisional. Pokok Remunggai habsyi hampir sama dengan pokok Remunggai hindi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan