Carian Asma'i

Sabtu, 21 Oktober 2017

KELUARGA KEBUMBA / KEBUMBIA [Cabombaceae family]

Family : CABOMBACEAE
[Kebumbia]
Keluarga tumbuhan Kebumbia merupakan tumbuhan berbunga. Genus Telawang adalah seperti pokok teratai bentuknya manakala genus Kebumba adalah seakan-akan pokok samai. Tumbuh di dasar tasik dan berbunga di permukaan tasik.


Genus : BRASENIA / NYERI
1 spesis
NYERI MERAH
Brasenia schreberi

Pokok Nyeri merah dijumpai di paya-paya air tawar di California dan kini merebak ke kawasan-kawasan lain di Amerika Utara. Walaupun nampak cantik, ia menjadi rumpai yang tidak menyenangkan.
Daun muda dicincang dimakan sebagai salad dengan cuka, sake dan kicap, atau ditambahkan ke sup sebagai pemekat. Akar dikupas kemudian direbus dan dimakan. Ia juga boleh dikeringkan dan disimpan untuk kegunaan kemudian.
Daunnya adalah astringen. Ia dihancurkan dan digunakan untuk abses dan bisul, dan juga digunakan dalam rawatan phthisis dan disentri.
air rebusan biji benih digunakan dalam rawatan disentri dan untuk menghilangkan rasa haus. Pokok ppula bersifat anthelmintik. Ia digunakan dalam rawatan kanser.



.

Genus : CABOMBA / KEBUMBA
5 spesis
KEBUMBA BESAR
Cabomba aquatica

Pokok Kebumba besar tumbuh di paya-paya air tawar di Amerika Selatan. Pokok ini bermanfaat kerana ia menghasilkan oksigen dan mengambil Carbon Dioxide. Pokok ini juga menyediakan makanan kepada beberapa haiwan marin serta hidupan liar yang lain. Oleh itu, mereka membantu mengekalkan ekosistem akuatik.


KEBUMBA MERAH
Cabomba furcata




Tiada ulasan:

Catat Ulasan