Family : ALTINGIACEAE
(Raksia)
Genus : ALTINGIA / RAKSA
11 spesis
RAKSA MALA
RAKSA MALA
Altingia excelsa
Pokok Raksa mala merupakan sejenis pokok balak yang kayunya berbau harum. Pokok ini boleh ditemui di Tenggara China, Bhutan, India, Myanmar, Malaysia dan Indonesia.
Pucuk muda boleh dimakan mentah atau dimasak sebagai sayuran.
Resin yang terkandung di dalam batang adalah anoden, antiphlogistik, antisorborb, antiseptik, carminatif, expectorant, perangsang dan stomachik. Ia digunakan dalam merawat sakit tekak; penyakit kulit seperti kudis dan leucoderma; ia dilumurkan ke atas perut kanak-kanak untuk melegakan sakit kolik; digunakan untuk zakar yang keradangan dan berguna pada peringkat awal hydrocele. Daun digunakan untuk menyembuhkan batuk.
Resin kuning dan wangi diperoleh dari kulit batang yang ditakik. Ia digunakan sebagai minyak wangi, kemenyan dan ubat.
Kulit kering adalah tinder berguna.
Genus : LIQUIDAMBAR / LIKUI
4 spesis
LIKUI HARUM
Liquidambar styraciflua
Genus : SEMILIQUIDAMBAR / TULAS
3 spesis
TULAS CINA
Semiliquidambar cathayensis
4 spesis
LIKUI HARUM
Liquidambar styraciflua
Pokok Likui manis dikenali juga sebagai american sweetgum, storax amerika, pine hazel, bilsted, redgum, satin-walnut, dan sweetgum sahaja. Pokok ini boleh ditemui di Tenggara Amerika Syarikat. Sebagaimana pokok raksa, pokok likui juga berguna sebagai balak, kosmetik dan makanan.
Genus : SEMILIQUIDAMBAR / TULAS
3 spesis
TULAS CINA
Semiliquidambar cathayensis
Pokok Tulas china ditemui di Tenggara China. Selain kayunya yang berharga, akar nya digunakan untuk rawatan rematik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan