Carian Asma'i

Selasa, 22 Ogos 2017

KELUARGA CERMAI / CERMIA (Phyllanthaceae family)

Family : PHYLLANTHACEAE
(Cermia)






Genus : ACTEPHILA / SELETAR
30 spesis
SELETAR BALAK
Actephila excelsa


SELETAR PANTAI
Actephila latifolia





Genus : AMANOA / AMANI
16 spesis
AMANI GAJAH
Amanoa bracteosa





Genus : ANDRACHNE / KUNCUR
22 spesis
KUNCUR HINDI
Andrachne telephioides


KUNCUR KAUKASIA
Andrachne colchica






Genus : ANTIDESMA / GUCIL
102 spesis
GUCIL KAMPUNG
Antidesma bunius

Pokok Gucil kampung mudah ditemui di hutan-hutan dara tanah pamah, terutama tanah-tanah yang baru diteroka. Ini disebabkan, buah yang masak menjadi makanan burung dan bijinya akan dikeluarkan bersama najis sama seperti buah ceria kampung. Pertumbuhannya meluas dari China Selatan, India, Asia Tenggara hingga ke pulau-pulau Pasifik dan Australia Utara.
Buah Gucil kampung boleh dimakan segar apabila masak atau dijadikan jem atau sirap. Pucuk daunnya boleh dimakan segar. Di Asia, daunnya digunakan untuk merawat gigitan ular, manakala daun beserta akarnya digunakan untuk mengubat kecederaan traumatik.


GUCIL LUNDUH
Antidesma coriaceum


GUCIL LUPUNG
Antidesma velutinosum






Genus : APODISCUS / LUPUNG
1 spesis
LUPUNG AFRIKA
Apodiscus chevalieri 



Genus : APOROSA / PELANGAS 
82 spesis
PELANGAS AMBAR
Aporosa lindleyana

PELANGAS LAMPAI
 Aporosa maingayi

PELANGAS CEMANTUNG
 Aporosa prainiana

PELANGAS GADING
Aporosa aurea


PELANGAS HITAM
 Aporosa nigricans

PELANGAS JANTAN
Aporosa pseudoficifolia

PELANGAS KELEMPETI
Aporosa benthamiana

PELANGAS PELANGI
 Aporosa microstachya

PELANGAS PEPERAI 
 Aporosa symplocoides



Genus : ASHTONIA / SENUMPUL
2 spesis
SENUMPUL BALAK
Ashtonia excelsa




Genus : ASTROCASIA / JAMBAK
6 spesis
JAMBAK KARIBIA
Astrocasia tremula




Genus : BACCAUREA / TAMPOI
53 spesis
TAMPOI BELIMBING
Baccaurea angulata
Tampoi belimbing atau belimbing hutan dipercayai banyak terdapat di Borneo. Ada juga yang menggelarkannya dengan nama Uchong. 
Buah belimbing hutan ini sama juga seperti buah tampoi yang mengeluarkan buah di batang atau di dahan utama. Pokoknya pula boleh membesar sehingga ketinggian 8 meter. 


TAMPOI BUNGA
 Baccaurea macrophylla

TAMPOI BURUNG
Baccaurea brevipes

TAMPOI JEJENTIK
 Baccaurea polyneura

TAMPOI KERA
Baccaurea bracteata


TAMPOI KEPUNDUNG
Baccaurea dulcis

TAMPOI LARAK
 Baccaurea macrocarpa

TAMPOI LEMPAUNG
 Baccaurea lanceolata
Limpasu

TAMPOI MELAYA
 Baccaurea malayana

TAMPOK MENTALI
Baccaurea racemosa


 TAMPOI PUPUR
Baccaurea ramiflora


TAMPOI RAMBAI
 Baccaurea motleyana


TAMPOI SETAMBUN
 Baccaurea parviflora


TAMPOI SUMATERA
Baccaurea sumatrana




Genus : BISCHOFIA / JITANG
spesis
JITANG JAWA
Bischofia javanica





Genus : BREYNIA / REMANG
spesis
REMANG KAMPUNG
Breynia vitis-idaea


REMANG PANAS
Breynia racemosa



Genus : BRIDELIA / KERENAM
spesis
KERENAM KAMPUNG
Bridelia tomentosa




KERENAM KECIL
Bridelia micrantha



Genus : CELIANELLA / SELIAN
spesis
SELIAN GUNUNG
Celianella montana



Genus : CHASCOTHECA / KESIKAT
spesis
KESIKAT HUTAN
Chascotheca neopeltandra




Genus : CHONOCENTRUM / KONAK
1 spesis
KONAK HUTAN
Chonocentrum cyathophorum




Genus : CHORISANDRACHNE / KERISAN
1 spesis
KERISAN HUTAN
Chorisandrachne diplosperma




Genus : CLEISTANTHUS / KENIDAI
spesis
KENIDAI MELAKA
Cleistanthus malaccensis
KENIDAI JANTAN
Cleistanthus monoicus


Genus : CROIZATIA / KEROI
spesis
KEROI PANAMA
Croizatia panamensis



Genus : DICOELIA / KEMELAT
2 spesis
KEMELAT SUMATERA
Dicoelia sumatrana



Genus : DIDYMOCISTUS / SEREDIH
1 spesis
SEREDIH BUKIT
Didymocistus chrysadenius



Genus : DISCOCARPUS / DISKO
4 spesis
DISKO KARIBIA
Discocarpus essequeboensis



Genus : DISTICHIRHOPS / BELURAN
3 spesis
BELURAN KECIL
Distichirhops minor



Genus : FLUEGGEA / KEMANCUNG
spesis 
KEMANCUNG AIR
Flueggea virosa



Genus : GLOCHIDION / SEBONGOR
273 spesis
SEBONGOR AIR
Glochidion littorale


SEBONGOR BURUNG
Glochidion obscurum


SEBONGOR REMBANG
Glochidion ferdinandi



Genus : GONATOGYNE / GONAT
1 spesis
GONAT BRAZIL
Gonatogyne brasiliensis



Genus : HETEROSAVIA / TETERAS
4 spesis
TETERAS BAHAMAS
Heterosavia bahamensis



Genus : HEYWOODIA / IBUNAI
1 spesis
IBUNAI BALAK
Heywoodia lucens



Genus : HIERONYMA / HERONI
22 spesis
HERONI BURUNG
Hieronyma alchorneoides



Genus : HYMENOCARDIA / SEPANGIR
6 spesis
SEPANGIR AIR
Hymenocardia punctata


SEPANGIR ASAM
Hymenocardia acida

Pokok Sepangir asam tumbuh di Afrika Tengah dari Gambia ke Mozambique.. Pucuk daun muda digunakan sebagai makanan tambahan dan berasa masam. Buah dimakan terutama oleh kanak-kanak.
Kulit, daun dan tunas daun digunakan sebagai bahan perubatan di Afrika.  Daun dan pucuk daun digunakan sebagai infusi untuk merawat masalah dada, demam dan cacar kecil. Air rebusan daun, digabungkan dengan madu, digunakan untuk merawat batuk, sakit perut dan biliousnessSerbuk daun ditambah kepada makanan sebagai rawatan untuk asma. Air rebusan daun juga digunakan sebagai pencuci mata untuk merawat ophthalmia, konjunktivitis dan sebagainya, dan ditambah untuk mandi sebagai febrifuge dan merawat buasir
Ekstrak ranting berdaun disapu ke badan untuk menguatkan anak-anak yang sakit-sakit. Wap dididhan daun dihirup untuk merawat sakit kepala. Serbuk daun diambil sebagai tembakau untuk merawat sakit kepala atau digunakan secara topikal untuk sakit reumatik dan sakit gigi. Daun-daun muda yang dikeringkan dan dijadikan serbuk boleh ditaburkan di atas luka selepas mencuci. Sap daun digunakan sebagai air titisan telinga untuk merawat otitis.
Daun, digabungkan dengan akar, digunakan untuk mengubati penyakit bantut dan edema yang disebabkan oleh kekurangan zat makanan. Air rebusan akar, bersama dengan sap daun, diambil untuk mencegah keguguran.
Daun dan kulit kayu digabungkan untuk melegakan cirit-birit. Air rebusan bahan ini di gunakan sebagai rawatan selama 1 - 2 bulan untuk batuk dan batuk kering dan untuk kegagalan oedemas.
Apabila dikunyah, kulitnya pahit, sedikit astringen dan menghasilkan air liat berlebihan. Kulit bubuk digunakan untuk merawat berbagai macam masalah, termasuk sakit kolik dan perut; cirit-birit dan disentri; sakit haid; pembengkakan yang menyakitkan; lemah badan; digabungkan dengan garam minyak dan garam batu untuk mengubati muntah berdarah. Ia dikunyah dengan kacang kola untuk merawat disentri. Air rebusan kulit digunakan secara meluas untuk merawat kesakitan paru-paru. serbuk kulit digunakan untuk tuaman pada luka kulit, abses dan tumor


SEPANGIR HATI
Hymenocardia ulmoides



Genus : JABLONSKIA
Genus : KEAYODENDRON
Genus : LACHNOSTYLIS
Genus : LEPTONEMA
Genus : LEPTOPUS
Genus : LINGELSHEIMIA
Genus : MAESOBOTRYA / MISOI
spesis
MISOI BIRU
Maesobotrya vermeulenii

MISOI MERAH
Maesobotrya longipes



Genus : MARGARITARIA
Genus : MARTRETIA
Genus : MEINECKIA
Genus : NOTHOBACCAUREA
Genus : NOTOLEPTOPUS
Genus : PENTABRACHION

Genus : PHYLLANTHOPSIS / PILAN
spesis
PILAN DARA
Phyllanthopsis phyllanthoides
commonly called buckbrush or maidenbush native to Texas and Mexico


Genus : PHYLLANTHUS / CERMAI
spesis
CERMAI ASAM
Phyllanthus acidus

Cermai merupakan satu-satunya tumbuhan dari keluarga Phyllanthaceae yang mempunyai buah yang boleh dimakan.Ia merupan tumbuhan dalam kategori pokok kecil yang ketinggiannya boleh mencapai sehingga 50 kaki tingginya. Daun cermai berbentuk runcing dan tersusun secara berselang pada tangkai daunnya.Buahnya kecil, berwarna hajau muda dan boleh dimakan. Rasanya masam sekali dan biasanya ia dijadikan jeruk.Cermai boleh dibiakkan melalui biji benih, kaedah layering, tut dan keratan batang.
Cermai biasanya dijadikan jeruk di Malaysia.Di tempat-tempat lain, cermai juga digunakan sebagai sos atau dijadikan halwa kering. Ia jarang dimakan mentah kerana rasanya yang amat masam. Di kampung-kampung di Malaysia cermai dimakan bersama petis dan kuah rojak.artikel yang membincangkan khasiat perubatan cermai


CERMAI BELALANG
Phyllanthus niruri

Cermai belalang atau biasa dipanggil dukung anak tumbuh meliar di sekeliling rumah sebagai rumpai. Tumbuhan ini berbuah pada batang di bawah daun. Mempunyai ketinggian 50- 70 cm. Batangnya tumbuh menegak, berbatang lembut dan bercabang-cabang. Daun pokok ini adalah dari jenis majmuk bipinat, daunnya kecil berwarna hijau yang agak gelap dan tersusun berselang seli dengan jarak lebih kurang 6-10mm. Permukaan bawah daunnya terdapat biji-biji kecil yang berwarna hijau muda. Bunganya berwarna putih kekuningan dan satu tangkai bunga mempunya bunga-bunga kecil yang banyak . Terdapat dua jenis bunga; bunga jantan dan betina. Kapsul bijinya sangat kecil, berpermukaan licin dan dari jenis 3-gonous. Kitaran dari satu biji ke biji yang berikutnya adalah 2 hingga 4 minggu. Dukung anak tumbuh di kawasan yang beriklim tropika seperti Malaysia, Indonesia,Thailand. Juga terdapat di China, India dan dalam kawasan antara Filipina dan cuba. Di kebanyakan tempat ia mendatangkan masalah kepada petani kerana selalunya tumbuh di kawasan pertanian dan dianggap rumpai yang sukar dikawal.
Dukung Anak dikatakan amat sesuai untuk merawat penyakit Hepatitis B kerana tumbuhan herba ini boleh membersihkan darah dalam badan. Untuk menggunakannya adalah mudah. Kita hanya perlu mengambil semua sekali pokok Dukung anak itu (kira-kira lima batang pokok) dan membersihkannya. Kemudian tumbuk pokok itu sampai hancur atau lumat. Masukkan ke dalam segelas air kosong dan terus minum. Oleh kerana rasanya agak pahit, ia boleh dicampurkan dengan sirap, yogurt atau susu kambing. Berdasarkan kajian saintifik, tumbuhan ini selamat untuk digunakan dan tidak berbahaya. Tumbuhan ini sebenarnya terkenal di Amazon sebagai penawar penyakit karang hempedu. Pada penghujung tahun 80-an ia dikenal pasti mempunyai kekuatan antivirus untuk melawan Hepatitis B termasuk mengandungi fitokimia yang dapat mengawal sel daripada pencemaran persekitaran. Di Malaysia, Dukung Anak digunakan sebagai diuretik dan tonik selepas keguguran. Malah, ia turut digunakan sebagai penawar cirit-birit, masalah ginjal, gonorrhea dan sifilis. Manakala, jus atau ekstrak akar dan daun mudanya digunakan untuk menguatkan ginjal. Masalah ginjal: Air rebusan atau jus daun dan akar diminum manakala untuk batuk pula ialah dengan meminum air rebusan daun muda. Untu luka atau lebam ialah dengan melumatkan daun lalu memupukkan daun pada bahagian yang berkenaan.
Ia mujarab untuk masalah hati, ginjal, batuk, luka, lebam, ulser dan cirit-birit, demam kuning bayi baru lahir, sembelit , membersihkan darah dan menurunkan kolesterol, batu karang, masalah hati, ginjal, penyakit hepatitis dan demam kuning kanak-kanak, mengurangkan tekanan darah tinggi, mengawal diabetis dan menghalang sakit hempedu. Akar, daun, buah, jus dan keseluruhan tumbuhan ini mempunyai nilai perubatan. Perubatan ayurveda ia digunakan sebagai penghilang dahaga, bronchitis, kusta, anemia, penyakit kelenjar kencing, anuria dan asma. Boleh juga digunakan untuk mengubat penyakit berak berdarah (dysentery) yang kronik (mengikut kaedah perubatan unani dari India). Buahnya digunakan untuk mengubati luka, kerengsaan, penyakit kudis buta (scabies) dan kurap. Akarnya pula (yang masih segar) adalah penawar yang berkesan untuk penyakit kuning (jaundice) terutamanya pada bayi yang baru lahir. Daun yang telah dilumatkan dan dicampur dengan sedikit garam dapur boleh merawat jangkitan kudis buta(scabies). Jika tidak dicampur garam ia boleh ditampal pada luka dan lebam. Ia juga boleh digunakan untuk merawat bisa gigitan ular. Tumbuhan ini juga boleh digunakan sebagai tuba(racun) ikan. Kaedah perubatan ayurveda banyak menggunakan tumbuhan ini samaada dalam bentuk tumbuhan ini dikeringkan dan dijadikan serbuk atau terus menggunakan tumbuhan ini dalam bentuk tumbuhan segar. Walaupun masih sukar untuk menentukan apakah kandungan dalam tumbuhan ini yang menyebabkan ia mempunyai nilai perubatan yang tinggi, ada kajian yang menunjukkan ia memberikan kesan positif untuk mengubati penyakit hepaptitis B, dalam satu kajian, didapati 22 daripada 37, iaitu sebanyak 59% dari pembawa virus hepatitis B yang dirawat dengan persediaan herba dari tumbuhan ini selama sebulan telah kehilangan antigen hepatitis B setelah di uji selepas 15 hingga 20 hari selepas rawatan selesai. Jika menggunakan rawatan biasa hanya 4% dari pembawa akan kehilangan antigen untuk tempoh yang sama. Persediaan herba ini hendaklah di amalkan selama sebulan atau lebih untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Jika digunakan secara biasa, tiada kesan sampingan didapati setakat ini. Namun anda dinasihatkan mendapatkan pandangan doktor sebelum memulakan rawatan. Walaupun ia membantu mengurangkan jumlah virus hepaptitis B yang dijumpai didalam darah, ia masih tidak dapat menghilangkan kesemuanya, jadi ia bukanlah penawar kepada penyakit ini, namun mengambilannya dapat mengurangkan dan mengawal pertumbuhan dan pertambahan virus hepatitis B. Kajian lanjut masih dijalankan oleh para saintis mengenai kegunaan dukung anak untuk merawat hepatitis B.


CERMAI CERI
Phyllanthus reticulatus



CERMAI KELURUT
Phyllanthus pulcher

Naga buana atau juga dikenali dengan nama naga jumat hampir menyamai bentuk pokok dukung anak tetapi pokok ini lebih besar dan tinggi. Ketinggian pokok hanya mencapai sehingga 0.7m. Daun pokok naga buana akan menguncup pada waktu malam. Bunga berwarna merah putih yang bersaiz kecil keluar di sepanjang tangkai daun. Daun naga buana yang dilumatkan dan dicampur dengan ubi zebra boleh dijadikan sebagai ubat pupuk, terutamanya untuk mempercepatkan penyembuhan sakit bisul. Daunnya yang dilumatkan boleh digunakan untuk merawat luka-luka kecil dan gatal-gatal. Getahnya boleh dijadikan ubat sakit gigi dengan menitiskan pada lubang gigi yang sakit. Air rebusan daunnya yang ditapis dengan kain bersih dan disejukkan boleh digunakan untuk mencuci mata. Air rebusan yang suam digunakan untuk menuam bengkak-bengkak, ulser hidung dan bayi yang kembung perut. Air rebusan akarnya dipercayai boleh melegakan tekanan darah tinggi.


CERMAI MELAKA
Phyllanthus emblica




Genus : PLAGIOCLADUS / TIRUAN
1 spesis
TIRUAN AFRIKA
Plagiocladus diandrus
native to central Africa (CameroonGabonEquatorial GuineaRepublic of Congo)


Genus : PORANTHERA / PURAN
spesis
PURAN KECIL
Poranthera microphylla

Genus : PROTOMEGABARIA / MEGABAR
spesis
MEGABAR AFRIKA
Protomegabaria stapfiana
from Sierra Leone to Gabon


Genus : PSEUDOLACHNOSTYLIS / PERUNAI
Pseudolachnostylis maprouneifolia native to central and southern Africa. Its common name is kudu berry
1 spesis
PERUNAI CERMAI
Pseudolachnostylis maprouneifolia



Genus : PSEUDOPHYLLANTHUS / BUJURAI
1 spesis
BUJURAI BUKIT
Pseudophyllanthus ovalis



Genus : RICHERIA / KERAYA
5 spesis
KERAYA BESAR
Richeria grandis



Genus : SAUROPUS / NENASIN
81 spesis
NENASIN KAMPUNG
Sauropus androgynus

Pokok Nenasin kampung dikenali juga sebagai pokok cekur manis, cekup manis, cermela hutan, dan taruk manis. Pokok jenis separa memanjat ini berbatang lembut. Ditanam menggunakan biji dan keratan batang. Pucuk daunnya merupakan sayur yang sedap dimakan apabila dimasak cara tumis atau sup. Selain itu, daunnya juga dijadikan pewarna makanan.
Daun digunakan sebagai ubat batuk dan menenangkan paru-paru, sebagai tonik, dan sebagai febrifugal untuk melegakan demam dalaman




Genus : SAVIA / SAVIA
2 spesis
SAVIA KUNING
Savia sessiliflora




Genus : SECURINEGA / SEKURI
Indonesia: sigar jalak, trembilutan (Javanese), simpeureum (Sundanese) Philippines: botolan (Tagalog), tulita-ngalong (Bisaya), arusit (Ilokano) Thailand: kaang khaao (general), daeng nam (Lampang), ma taek (northern) Vietnam: bong nô'.
5 spesis
SEKURI KAMPUNG
Securinega durissima


Genus : SPONDIANTHUS / KERUBAS
1 spesis
KERUBAS AFRIKA
Spondianthus preussii



Genus : TACARCUNA / TAKAR
3 spesis


Genus : THECACORIS / TEKAH
17 spesis


Genus : UAPACA / ASAM
46 spesis
ASAM GUINEA
Uapaca guineensis

sugar plum, mahobohobo, Koondi (Sierra Leone); Ko somo (Guinea); Rikio (Côte d`Ivoire); Bosenge (Zaire); Assam (Gabon); N'sanvi (Congo); Assam (Cameroon)




Genus : WIELANDIA / WULAN
13 spesis
WULAN TAMAN
Wielandia elegans


Tiada ulasan:

Catat Ulasan