Carian Asma'i

Jumaat, 25 Ogos 2017

KELUARGA AUS / AUSIA (Austrobaileyaceae family)

Family : AUSTROBAILEYACEAE
[Ausia]





Genus : AUSTROBAILEYA / AUS
1 spesis
AUS RATU
Austrobaileya scandens

Nama 'aus' adalah kependekan dari nama 'austrobaileya' dan nama ratu merujuk kepada Queensland, wilayah Timur Laut Australia di mana tumbuhan ini ditemui. Ia hanya ditemui di antara gunung Spurgeon and gunung Ravenshoe. Tapi kini dikatakan terdapat di Indonesia, Sweden dan Pantai Barat Amerika Utara.
Pokok Aus ratu adalah pokok memanjat yang dikatakan telah hidup jutaan tahun dahulu. Pokok ini memerlukan kelembapan yang tinggi dan tidak boleh terdedah secara langsung kepada cahaya matahari. Bunganya besar dan berbau ikan busuk yang bertujuan untuk memanggil lalat sebagai agen pendebungaan. Buah berwarna aprikot dan mengandungi biji yang padat, serupa dengan bentuk buah berangan. Buah berbentuk seperti pir atau terung. Buah diketahui membesar hingga saiz 7 cm panjang dan 5 cm lebar.


Batang memanjat pokok Aus ratu



Buah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan