Family : CRASSULACEAE
[Setawaria]
Genus : AICHRYSON
18 spesis
Genus : ALTAMIRANOA
1 spesis
Altamiranoa diffusa
Genus : AMEROSEDUM
1 spesis
Amerosedum rupicola
Genus : BRYOPHYLLUM / SETAWAR
46 spesis
SETAWAR PADANG
Bryophyllum pinnatum
46 spesis
SETAWAR PADANG
Bryophyllum pinnatum
Setawar merupakan tumbuhan yang agak unik kerana akarnya boleh tumbuh dalam semua medium termasuk udara. Daunnya selalu dijadikan mainan oleh kanak-kanak. Daunnya tebal dan berair. Tumbuhan ini membiak dengan begitu cepat sekali dan disesetengah tempat ia tersenarai sebagai rumpai perosak. Di Malaysia setawar banyak ditanam sebagai tanaman hiasan kerana struktur daunnya yag cantik.Cara pembiakannya begitu mudah sekali iaitu melalui daunnya. Ia juga boleh membiak melalui biji benih, dan keratan batang. Bunganya kecil berwarna kuning, merah kehijauan. Tumbuhan ini menyukai tempat yang agak lembap dan redup.
Setawar juga dikenali sebagai air plant, jijik, coirama, coirama-blanca, setawar bisa, mother of thousands, Patragaja(india).
Dalam perubatan tradisional Melayu, setawar digunakan untuk menyejukkan badan terutamanya ketika di serang demam panas. Daunnya yang tebal itu diramas dan dipatahkan dalam air dan air digunakan untuk menjarang atau membasahkan kepala pesakit. Namun ramai yang tidak sedar akan khasiat lain tumbuhan ini. Ia terbukti secara saintifik dapat membantu mencegah kanser. Selain itu ia juga mempunyai ciri-ciri anti bakteria, dapat mengelakkan dan mencegah keradangan terutamanya pada kulit. Daunnya yang dikisar menjadi jus boleh digunakan untuk merawat senak perut. Untuk mengubat cirit birit pula dua atau tiga helai daunnya dikisar menjadi jus yang pekat, tidak perlu ditambah air, jus ini diambil 3 kali sehari dengan sukatan 3 sudu teh setiap kali. Untuk kembung perut pula, 2 helai daunnya dikisar bersama seinci kunyit dan disapukan pada perut 1 atau 2 kali sehari.
Genus : CHIASTOPHYLLUM
1 spesis
Chiastophyllum oppositifolium
Genus : COTYLEDON
12 spesis
Genus : HYLOTELEPHIUM / HAILA
17 spesis
HAILA GUNUNG
Hylotelephium spectabile
Genus : HYPAGOPHYTUM
1 spesis
Hypagophytum abyssinicum
Genus : KALANCHOE / KERENCUNG
133 spesis
Genus : RHODIOLA / RADIOLA
62 spesis
RADIOLA HIMALAYA
Rhodiola himalensis
Tiada ulasan:
Catat Ulasan