Carian Asma'i

Sabtu, 8 Januari 2011

KELUARGA MAMAN / MAMANIA (Cleomaceae family)

Family : CLEOMACEAE
(MAMANIA)


Genus : CLEOME / MAMAN
MAMAN PUTIH
Cleome gynandra
Pokok maman putih atau maman sayur adalah sejenis sayuran yang dikatakan banyak ditanam di Terengganu, Negeri Sembilan dan Perak secara komersil bagi pembuatan jeruk. Sesetengah orang juga memasaknya seperti sayur biasa. 
Dari segi perubatan ,   biji yang direbus boleh dijadikan ubatan luaran bagi merawat buasir dan reumatisme. Air rebusan tersebut, boleh diminum bagi merawat gonorea dan cirit-birit (berlendir atau berdarah). Ekstrak biji pokok mamanpula  boleh dijadikan racun serangga.
Daun maman yang dihancur dan disapu atau digosok, diletakkan pada bahagian belakang pinggang boleh menghilangkan rasa sakitnya. Selain itu, ia boleh digosok pada kulit yang gatal-gatal, pada reumatisme dan pada kepala (bagi menghilang sakit kepala). Sekirannya daun ini direbus, ia boleh diminum bagi melawaskan penghadaman, bagi melincinkan kahak, dan juga penawar bagi penyakit hati dan hempedu.
Akar pokok maman dapat membangkitkan dan memelihara kulit yang kekurangan vitamin C. Akar pokok maman perlu direbus dan dijadikan minuman.


MAMAN UNGU
Cleome rutidosperma
Maman ungu atau maman hantu ialah sejenis tumbuhan liar yang boleh dijumpai tumbuh dikawasan berpasir dan bertanah liat di kawasan tropika. Di Malaysia, maman hantu kadangkala dijadikan jeruk namun ia kurang digemari kerana rasanya yang pahit. Pokok maman juga sering menjadi makanan ternakan seperti lembu dan kambing. 


 MAMAN KUNING
Cleome viscosa
Maman kuning juga dipanggil maman pantai boleh juga dijadikan jeruk maman,


MAMAN BUNGA
Cleome bicolor





Genus : CLEOMELLA / LONDONG
LONDONG GURUN
Cleomella palmeriana


Genus : DACTYLAENA
Dactylaena pohliana





Genus : HAPTOCARPUM
Haptocarpum bahiense Ule


Genus : JUSTAGO / GUSTI
GUSTI MAMAN
Justago cleomoides


Genus : PERITOMA / KETEPENG
KETEPENG KALIFORNIA
Peritoma arborea





Genus : PODANDROGYNE / SERAPI
SERAPI MERAH
Podandrogyne brevipedunculata





Genus : POLANISIA / KEMAMAN
KEMAMAN PANTAI
Polanisia dodecandra





Genus : WISLIZENIA / SUNGUT
SUNGUT KUNING
Wislizenia refracta

Tiada ulasan:

Catat Ulasan